Berkulit putih, rambut perang dan bermata kelabu keperangan, membuatkan dua beradik ini sering dianggap sebagai anak orang Inggeris atau ‘mat saleh’ disebabkan keadaan fizikal semula jadi mereka.
Begitupun, hakikatnya itulah anugerah terindah pengh1dap peny4kit Albino.
Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok yang dikongsi oleh seorang ibu yang memiliki dua anak ‘mat saleh’.
Rakaman yang dimuat naik menerusi akaun @eyda_razak sehingga kini sudah ditonton lebih 1.1 juta orang.
Wanita yang dikenali sebagai Eyqa atau Atika itu mended4hkan perihal dua anak perempuannya yang disahkan mengh1dap albino sejak dilahirkan.
Menurut Atika, beliau pada awalnya hanya menyangka anak sulungnya, Aisyah Amani, 2, sahaja yang berdepan dengan albino.
Pun demikian, percaturan ALLAH tiada siapa dapat mendvga.
Anak keduanya, Arissa Amanda yang kini 9 bulan juga mempunyai genetik albino seperti kakaknya.
Video:
@eyqa_razak Anak awak ke? Nak tahu saya jawab apa? Next video.. InsyaAllah
Mengulas pertanyaan warga maya menerusi ruangan komen sama ada keluarga mereka mempunyai genetik begini, Atika memaklumkan, sehingga kini sebelah keturunannya belum ada yang mempunyai gen berkenaan.
“Sebelah suami saya, Mohd Akmaludin Mohd Noh belum lagi kami kaji (salasilah) nenek moyangnya. Pun begitu, rasanya memang tidak ada genetik albino,” ujar Atika sambil mengakui reda dan bersyukur dikurniakan anak yang sihat dan membesar tanpa sebarang masalah.
Perkongsian tersebut memang meraih perhatian ramai. Rata-ratanya memuji akan kecomelan dua beradik ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my
Leave a Reply