Kehilangan seseorang yang disayangi dalam hidup ini sememangnya meninggalkan lvka yang mendalam di hati. Terutamanya orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri, tidak boleh bayangkan hidup kita tanpa mereka sepanjang hayat ini.
Bila perginya seorang bapa, pemimpin untuk keluarga memberi impak pada anak-anak terutamanya bagi anak lelaki. Tiada lagi orang yang boleh dijadikan idola dalam hidupnya. Malah tiada lagi orang yang hendak mereka bermanja meminta itu ini seperti kanak-kanak yang lain.
Itulah yang dirasai oleh anak ini, gelagatnya bukan sahaja meruntun hati si ibu, tetapi bagi siapa yang melihatnya turut merasa seb4k.
Menurut pemilik video, dia sebenarnya mahu memeriksa sama ada anak-anaknya sudah tidur atau belum apabila dia menyaksikan anak keduanya yang dipanggil Bang Ngah sedang menatap dan memelvk foto seseorang.
“Ingat nak check je anak-anak dah tidur ke belum. Tak sangka ini yang mama tengok. Sedih mama.”
Katanya lagi, foto tersebut adalah gambar arw4h suaminya. Mungkin anaknya tidak dapat melelapkan mata, lalu mengeluarkan foto tersebut dari laci dan kemudian dihulurkan kepada adik kecil yang dipanggil Baby. Sambil menatap gambar Abahnya, dia turut dilihat seperti bercerita dengan Baby.
“Tengok gambar Abah sama-sama dengan Baby. Bagi Baby pelvk gambar Abah.”
Anaknya dilihat cuba untuk tidur tetapi mungkin rasa rindu membuatkan dia sukar tidur. Kemudian Bang Ngah ambil semula foto Abah dari Baby untuk dic1um dan dipelvk. Masih tak dapat tidur, Bang Ngah terus menatap foto Abahnya itu.
“Bang Ngah ni suka cerita kat Baby pasal Abah walaupun Baby tak sempat kenal sebab dia baru sebulan lebih masa tu. Sebab tu Baby selalu sebut pasal Abah walaupun tak sempat nak kenal, nak bermanja. Banyak benda dia tahu.”
Sambil melelapkan mata, tangan Bang Ngah masih erat memelvk foto Abah dan kemudian dia dilihat seperti sedang mengelap matanya.
“Still pelvk gambar, tak tahu nak gambarkan betapa rindunya anak-anak dekat Abang.”
Video:
@eldazaiman semoga terus kuat anak²ku.. 🥺nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati..😢mama tau bang ngah kuat..anak² mama semua kuat..mama & arwah abah syg semua dunia akhirat..jangan sedih sebab nanti mama pun sedih 🥺😭
Masih sukar untuk tidur, Bang Ngah dilihat berkata sesuatu kepada Baby dan kemudian men4ngis tetapi segera dilap kerana tak mahu adiknya itu nampak. Foto Abahnya ditatap lagi sebelum Bang Ngah dilihat mengelap air matanya.
“Mama dah tak tahan sedih dah masa tengok ni, Mama tahu banyak Abang Ngah pendam tapi tak cakap. Sungguh kadang-kadang Mama pun tak kuat sebenarnya. Jangan lupa selalu doakan Abah setiap kali habis solat. Mama dan abah sayang semua anak-anak dunia akhirat.”
Mengakhiri videonya, beliau mendoakan agar anak-anaknya dipertemukan dengan Abah mereka di ‘sana’ nanti. Difahamkan Allahyarham Zawawi bin Hj Mohd telah men1ngg4l dvnia pada Jun 2018 pada bulan Ramadan. Semoga ibu ini dan dan anak-anaknya terus diberikan kekuatan untuk menempuh ujian berat ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply