Vokalis kumpulan Slam Zamani berharap dia dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembed4han bagi menyembuhkan peny4kit skoliosis yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok.
Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, pembed4han yang dijangka berlangsung pada November ini akan dilakukan bagi memperbetulkan urat tunjangnya.
“Alhamdulillah buat masa sekarang kesihatan saya dalam keadaan yang baik cuma masalah utama saya sekarang ni adalah urat tunjang.
“Pembed4han ni pun dilakukan untuk nak memperbetulkan urat tunjang tu. Saya harap lepas pembed4han nanti, saya boleh berdiri tegak semula,” kata Zamani sewaktu menjadi tetamu program MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada malam tadi.
Dalam pada itu, Zamani yang bakal membuat persembahan di Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September ini di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert ini diadakan bagi membantu Zamani mendapatkan dana selepas pembed4han untuk dirinya menjalani kehidupan sehari-harian selepas itu.
View this post on Instagram
“Saya akan menjalani pembedahan selepas konsert, dan pembedahan akan berlangsung pada hujung tahun nanti,” ujarnya lagi.
Konsert yang dijadualkan dalam durasi 90 hingga ke 120 minit ini dibuat dalam versi unplugged dan akan dihadiri oleh rakan-rakan seni tanah air yang lain.
Antara yang bersama-sama dalam konsert ini ialah Fauziah latif, Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta penampilan istimewa oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply