Seorang graduan melu4hkan rasa sedih mengenangkan perbualannya dengan seorang pakcik dalam kejadian 5 Ogos lalu.
Nazirah, 24, yang berniaga takoyaki sepenuh masa berkata pakcik berkenaan datang ke gerainya dan pada awalnya hanya berbual seperti biasa.
Dia yang senang disapa Ira berkata pelanggan tersebut bagaimanapun membuatkan dia berasa tidak selesa apabila mula mempertikaikan kerjaya dan jalan hidup yang dipilihnya.
“Ada seorang pakcik ni datang beli takoyaki saya jual. Mula-mula kami borak topik biasa saja.
“Lepas tu dia mula tanya hasil jualan harian saya, ada tak dapat dalam anggaran RM100 hingga RM200?
“Saya teragak-agak nak jawab sebab tak selesa bila orang luar tanya tentang jualan. Saya cuma iyakan saja dengan cakap Alhamdulillah boleh dapat,” katanya ketika dihubungi mStar.
Tidak terhenti di situ, lelaki tersebut kemudian bertanya tentang status pendidikannya pula.
Setelah mendengar kisah wanita itu yang merupakan graduan tetapi memilih menjual takoyaki sejak Mac 2021, Ira berkata lelaki tersebut seolah-olah terkejut, bagaikan tidak boleh menerima apa yang baru didengarinya.
“Pakcik tu ada tanya sekolah sampai tahap mana? Saya cakap yang saya pelajar ijazah. Dia macam terkejut juga dengan apa saya beritahu.
“Kemudian dia mula tanya lepas ni saya nak buat apa dengan degree tu? Tak kerja ke atau buat apa-apa menggunakan kelulusan saya. Saya pun beritahu yang ketika itu saya baru saja habis praktikal. Konvo pun belum lagi.
Ira menjual takoyaki di Felda Keratong 3, Pahang.
“Sebenarnya saya dah faham maksud pertanyaan dia. Tapi saya malas nak cakap lebih jadi saya ‘tamatkan’ perbualan tu dengan beritahu lepas ni saya boleh je nak minta kerja. Tak jadi masalah pun,” imbas Ira yang merupakan graduan bidang Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian, Univerisiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, Kedah
Jelas Ira yang menetap dan berniaga di Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak, Pahang, apa yang membuatkan dia lebih kec3wa apabila pakcik itu hanya meletakkan wang, tanpa memberikan sendiri kepadanya sebagaimana yang biasa dilakukan pelanggan lain.
View this post on Instagram
“Dia bayar duit tu dengan lepaskan saja dan tak hulurkan dekat tangan saya. Mungkin sebab masa tu saya tengah bungkus takoyaki atau dia dah biasa buat macam tu saya tak pasti. Mungkin saya yang sensitif kalau pelanggan bagi duit tak hulur dekat tangan.
“Bukan apa, saya terkesan dengan soalan pakcik tu sebab sebelum ni dah beberapa orang tanya soalan macam ni seolah-olah merendahkan saya. Jadi bila terjadi lagi sekali, saya pun buat video lu4hkan fasal ini.
“Sebelum ni lagi teruk sebenarnya. Ada seorang pakcik tu cakap belajar tinggi-tinggi buat apa, balik jual ais krim? Pakcik pun boleh. Lebih kurang macam tu ayat dia sebab saya ada jual soft ice-cream juga,” ujar Ira.
Susulan perkongsiannya di TikTok yang meraih lebih 400,000 jumlah tontonan, warga maya turut bersimpati dengannya malah berkongsi pengalaman sama.
Malah, mereka turut menitipkan nasihat agar Ira terus tabah dan meneruskan minatnya.
“Sebenarnya ayah saya ada bisnes buka stesen minyak sendiri dekat Keratong. Boleh saja kalau nak kerja dengan dia tapi saya lebih memilih untuk mula dari bawah baru kita hargai kejayaan tu.
Ira merupakan graduan bidang Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian, UUM.
“Bagi saya, kita kena faham rezeki tu Allah tetapkan. Kita hanya mampu berusaha. Ilmu kita ada bukan semata-mata digunakan untuk bekerja.
“Berniaga walaupun kecil-kecilan macam saya sekarang pun perlukan ilmu untuk kembangkan dan majukan bisnes,” ujar Ira lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply