Hati siapa yang tidak lvluh apabila melihat perusahaan yang dibangunkan dengan titik peluh sendiri, akhirnya musn4h dalam sekelip mata.
Lebih menyedihkan apabila ’empayar’ yang rvntuh itu berkemungkinan tidak dapat dibina semula atas beberapa faktor termasuk kewangan.
Begitulah situasi yang menimpa pemilik kolam pancing Tok King Empire, Raja Noor Ezani selepas kesemua ikannya ditemukan m4ti dan terapung.
Ketika dihubungi mStar, lelaki berusia 37 tahun itu berkata, kejadian yang menimpa dia sekeluarga pada 14 September lalu sangat mengejutkan malah tidak diketahui punca sebenar sehingga kini.
Memulakan cerita, dia memberitahu, perniagaan kolam pancing di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang tersebut adalah usaha bersama dia sekeluarga termasuk ibu dan bapanya.
“Asalnya saya nak buat kolam memancing untuk keluarga kerana hobi… maklumlah bila pulang ke kampung halaman, tak ada aktiviti yang boleh dibuat.
“Kebetulan, ada tanah kosong yang terbiar, jadi nak usahakannya supaya tak menjadi sarang haiwan berbisa dan melakukan aktiviti bersama keluarga.
“Apabila mendapat perhatian penduduk kampung, ramai yang minta supaya kolam ikan tu dibuka untuk aktiviti memancing setempat.
“Bermula dari situlah, ia diperluaskan sehingga mencecah keluasan 120×200 meter persegi di samping penambahan lima tan ikan air tawar pelbagai spesis,” katanya yang mewujudkan kolam ikan itu sekitar Januari 2020.
Bagi menjayakan hasrat tersebut juga, kesemua ahli keluarganya menyumbang tenaga dan wang sebagai modal untuk menyediakan segala kemudahan seperti surau, tandas dan tempat makan kepada pengunjung terlebih dahulu.
Malahan ibunya sanggup mengeluarkan duit simpanan termasuk dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membangunkan kolam memancing yang dirancang.
Keseluruhan kos yang disediakan untuk kolam tersebut adalah sekitar RM150,000.
“Saya sebagai perancang kepada perusahaan ini dan sepenuhnya diusahakan oleh mak, ayah dan adik yang berada di kampung.
Kesemua ikan yang terdapat di dalam kolam memancing m4ti.
“Daripada tiada lampu, saya mohon TNB (Tenaga Nasional Berhad) pasangkan dan sediakan laluan tar serta pondok untuk pengunjung kerana lokasi agak ke dalam sedikit. Jadi infrastruktur disediakan untuk kemudahan semua pihak.
“Apabila segala keperluan untuk pengunjung tersedia, kolam memancing ini dibuka kepada umum sejurus selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ditamatkan,” lu4hnya yang merupakan penjawat awam.
Menurut anak kedua daripada enam beradik ini lagi, sejak dibuka dan dihebahkan menerusi pelbagai platform media sosial, kolam memancing keluarganya mendapat sambutan ramai termasuk daripada penduduk luar Merapoh.
Merupakan satu-satunya kolam pancing yang dibuka setiap hari, ujarnya, ia tidak mengganggu mana-mana kolam pancing sekitar daerah tersebut yang dibuka secara berkala dan bagi tujuan pertandingan semata-mata.
Malah katanya, ia adalah kolam memancing tunggal di Kampung Salak.
Polis dan beberapa individu dari Jabatan Kimia serta Perikanan datang membuat pemantauan di lokasi kolam.
“Disebabkan semakin mendapat sambutan, ibu dan ayah tidak lagi perlu keluar menoreh getah. Tambahan pula cuaca tidak menentu selain harga pasaran getah yang tidak stabil.
“Jadi kolam memancing ini secara tidak langsung membantu menjana pendapatan orang tua saya. Mereka pun gembira melakukannya.
“Rutin harian mak juga berubah… dia akan selalu bagi makan ikan dan sebelah malam pula akan bersama-sama ayah menjaga warung yang dibuka untuk pengunjung mendapatkan sumber makanan,” jelasnya.
Justeru kejadian yang menimpa baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada dia sekeluarga terutama ibu dan bapanya.
View this post on Instagram
Disebabkan itu juga, Ezani dalam nada seb4k menyatakan ibu dan bapanya berkemungkinan terpaksa kembali menoreh getah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan harian.
Katanya, mereka sudah tidak mempunyai wang simpanan untuk mengusahakan kembali kolam memancing tersebut yang memerlukan banyak kos tambahan termasuk melakukan pembersihan dan membeli ikan.
“Saya tak pasti apa punca kesemua ikan dalam kolam memancing tu m4ti. Laporan p0lis telah dibuat dan kami hanya menunggu keputusan serta penilaian pihak berkaitan sebab Jabatan Perikanan dan Jabatan Kimia juga hadir untuk mendapatkan sampel.
Sebelum ini, kolam memancing keluarga Ezani sentiasa meriah dikunjungi kaki pancing.
“Tapi maklumat awal berkemungkinan dir4cun… jika kekurangan oksigen ikan akan berlegar kat atas kalau.
“Sepanjang tempoh pengoperasian pula, ikan tidak akan m4ti kesemua sekali seperti ini… kalau perubahan cuaca sekali pun, hanya lima hingga enam ekor sahaja dan itu tidak melibatkan anak-anak ikan yang ada,” imbasnya yang turut bersedih melihat keadaan ibu dan bapanya ketika ini.
Bercerita lanjut, ujarnya yang menetap di Dungun, Terengganu, ibunya mula menyedari perubahan ikan-ikan di kolam ketika memberi makan pada waktu pagi.
“Selalunya bila waktu makan, keadaan ikan biasa sahaja tapi semasa kejadian… mak bagitahu ikan yang besar berdiri straight atas air macam penguin berjalan.
“Nampak macam kepanasan dan ingin melompat keluar dari kolam. Ikan kecil pula kelihatan melanggar tebing kolam.
“Tiada seekor pun yang tinggal termasuk anak-anak ikan dan anak-anak udang. Kalau perubahan cuaca sekali pun, ikan bersisik seperti lampam sahaja yang akan m4ti tetapi tidak anak ikan.
“Cuma sekarang ini, apa yang peliknya adalah ikan haruan yang dikenali sebagai haiwan ‘lasak’ pun turut m4ti,” ujarnya yang mengesyaki terdapat perbuatan khi4nat sehingga mereka mengalami kerugian RM50,000.
Tambahnya lagi, ia juga berkemungkinan dilakukan oleh individu yang tidak berpuas hati berikutan peraturan yang ditetapkannya.
Malah ia juga mungkin berlaku apabila pengunjung berpeluang membawa pulang ikan yang berjaya dipancing manakala individu yang enggan mematuhi peraturan tidak dibenarkan masuk.
“Masa cuti sekolah baru ini, memang tular sekejap kolam ikan saya sebab orang gembira dapat bawa pulang ikan yang dipancing.
“Mereka yang telah ‘disenarai’ hitam memang kita tak bagi masuk sebab gagal patuh peraturan seperti salah guna umpan. Mungkin dari situ ada yang tidak berpuas hati dan d3ngki,” katanya sedih.
Ezani bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya berserah kepada keputusan kimia daripada pihak bertanggungjawab.
Dia juga berharap agar kolam memancingnya dapat kembali beroperasi demi kesenangan ibu dan bapanya yang semakin dimamah usia.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply