Puc4t muka mat salih wanita bertudung muncul depan pintu! Rupanya salah bilik, kejutan gagal… “Nasib baik dia pakai sopan”

Nak surprise member, sekali kami yang terkejut!

Rancangan kejutan sempena hari ulang tahun kelahiran seorang rakan bertukar menjadi momen lucu apabila mereka tersalah mengetuk pintu bilik hotel.

Jelasnya yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Neyna, kejadian memalukan itu berlaku ketika mereka bercuti di Phuket, Thailand baru-baru ini.

“Kami tiga keluarga pergi bercuti bermula 7 hingga 11 September. Ada enam orang dewasa dan enam kanak-kanak.

Trip kami tu bermula di Krabi sebagai destinasi pertama. Lepas tu kami bergerak ke Phuket pula. Kebetulan 10 September tu hari ulang tahun kelahiran salah seorang kawan kami.

“Jadi kami pun rancang nak sambut tapi buat kecil-kecilan saja. Kami beli kek dekat Starbucks dan hadiah dibawa dari rumah,” jelas Neyna ketika dihubungi mStar.

Imbasnya yang berasal dari Langkawi, Kedah, mereka lakukan kejutan itu setelah pulang bersiar-siar dari Pa Tong, Phuket.

Bagaimanapun, tiada seorang pun di antara mereka yang mengingati nombor bilik rakan yang ingin diraikan itu.

Lebih m4lang, cubaan meneka bilik penginapan rakan mereka juga salah apabila seorang lelaki yang juga pelancong asing membuka pintu.

Neyna (kiri) bersama rakan-rakannya yang melancong bersama.

“Terkejut saya masa pintu dibuka tiba-tiba orang lain yang keluar. Lelaki mat salih pula yang muncul. Dia pun tergamam apabila tengok kami. Saya cepat-cepat m4tikan rakaman video tu.

“Sebenarnya kami masing-masing memang tak ingat nombor bilik dia. Tak mungkin nak telefon dia pula tanya sebab nak buat kejutan.

“Kami cuma ikut kata hati saja masa tu teka. Kami pergi dekat bilik paling hujung sekali yang berada di sebelah kanan. Lepas semua standby nak buat surprise, kami tekan loceng dan rakam momen tu. Tak fasal nak surprise member, kami sendiri yang terkejut,” jelas Neyna.

Jelas Neyna, salah seorang daripada mereka mewakili untuk meminta maaf kepada kepada pelancong tersebut dan menjelaskan kesilapan yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Malu dengan perkara yang terjadi, mereka mengambil keputusan dengan menghubungi rakannya ini bagi mendapatkan nombor bilik.

“Kami teruskan juga nak buat surprise tu dengan call terus kawan tanya nombor bilik. Rupa-rupanya bilik mereka bersebelah saja.

“Sebelum kawan buka pintu, kami sudah dengar dia ketawa dari dalam sebab terdengar apa yang berlaku dekat bilik sebelah tadi.

“Kami masuk bilik tu dan sambung gelak sampai terdiam,” ujar Neyna menceritakan kejadian di Adnamantra, Phuket.

Percutian di Phuket, Thailand bersama tiga buah keluarga.

Berikutan video yang dikongsikan di TikTok, rata-rata warga maya turut terhibur dengan rakaman dikongsikan.

Malah reaksi wajah lelaki tersebut yang sangat terkejut dengan kejutan itu turut menjadi perhatian.

Dalam pada itu, Neyna turut menitipkan pesanan agar lebih berhati-hati dan memastikan nombor bilik dihafal bagi mengelakkan perkara sama sepertinya terjadi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*