“1 Dalam Sejuta.” – [VIDEO] Tengku Hassanal Tolong Angkat Skrol Jatuh Ketika Istiadat Raih Perhatian

“1 Dalam Sejuta.” Antara komen warganet setelah melihat sikap ‘humble’ Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-40.

Ketika Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-40, secara tidak sengaja seorang penerima iaitu Leftenan Muda Sarah Monika Mohd Roni Sow Abdullah kelihatan gagal menyambut skrol yang diserahkan Tengku Hassanal.

Siapa sangka, reaksi spontan Tengku Hassanal mengambil sendiri skrol berkenaan membuat ramai pihak kagum.

Dalam pada itu, Sarah Monika berkata dia mengakui bersalah tidak dapat mengambil sendiri skrol berkenaan dan terpaksa mengikut protokol majlis.

“”Saya sangat gementar naik ke pentas ketika itu sehingga orang terdekat pun menyedarinya.

“Bagaimanapun, saya gagahkan diri juga naik dan lain pula jadinya apabila skrol diserahkan Tengku Hassanal terlepas daripada genggaman tangan saya.

Video:

@nadia_rhtv

Pemangku Raja Pahang, Raja yang humble…Allahu Akbar Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku! #pemangkurajapahang #kerabatpahang #tengkumahkotapahang #tengkuhassanalibrahimalamshah #tengkuhassanal #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #viral #palapes #pentauliahandiraja #ukm #kaptenraeiz #kaptenraeizhamed #raeizhamed #captraeiz #captraeizhamed #extudm #bekastentera #tudm #veteran #veteranATM #Malaysia #rajaberjiwarakyat

♬ original sound – Nadia_RHTV – Nadia_RHTV

“Ikutkan hati saya nak tunduk dan ambil sendiri skrol itu tetapi terpaksa tahan kerana mengikut protokol.

“Tak sangka pula baginda sendiri tunduk dan ambil skrol berkenaan sebelum petugas sempat datang membantu.”

Katanya lagi, mengikut polisi dan protokol baginda tidak boleh tunduk dan akan serahkan semula skrol seperti biasa.

“Saya kagum dengan keperibadian baginda kerana bersikap rendah diri walaupun berstatus Putera Raja.”

Meninjau di ruangan komen rata-rata kagum melihat cara baginda yang sangat humble.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*