Selepas mendapat sambutan luar biasa dari dalam dan luar negara, akhirnya pihak TV3 bersetuju meneruskan lagi drama bersiri, Melur Untuk Firdaus bagi musim kedua.
Pengumuman tersebut dikongsi sendiri oleh tunjang utama drama tersebut Meerqeen dan Anna Jobling sewaktu menjadi tetamu undangan di program Terpaling Juara pada Ahad.
Menurut Anna, sebagai pelakon dia sememangnya teruja dengan perkhabaran tersebut lebih-lebih apabila dapat memenuhi permintaan peminat
“Kalau permintaan peminat nak tonton kami lagi, apa salahnya kami tunaikan. Sebenarnya kami tak jangka pun akan ada musim ke-dua.
“Pada awalnya, jangkaan kami untuk musim yang pertama hanya biasa-biasa sahaja. Bila dah ditayangkan, kami pun terkejut drama ini boleh meletop di seluruh dunia. Disebabkan itu, kami lanjutkan lagi untuk musim yang kedua. Ini semua untuk anda,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Meerqeen tidak menolak kemungkinan dia dan Anna akan berasa sedikit tertekan untuk memenuhi expektasi peminat selepas kejayaan luar biasa yang diraih pada musim yang pertama.
“Secara jujurnya, saya akui berasa sedikit tertekan untuk memenuhi ekpektasi peminat kerana kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik. InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin.
“Saya juga menharapkan drama ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama. Apa yang boleh saya katakan, drama kali ini akan menampilkan kelainan dari segi plot cerita dan karakter-karakter baru. Kami tak sabar nak mulakan penggambaran bagi drama ini.
“Memang kami sangat seronok dengan penerimaan peminat sehingga kini. Kami berkerja kerasa bagi menjayakan drama ini terutama sekali buat Anna kerana wataknya sangat berat. Saya gembira bagi pihak Anna. Dia layak untuk mendapatkan apa yang dikecapinya saat ini,” kongsinya.
Sementara itu, Anna turut mengakui dirinya sudah tidak sabar untuk sekali lagi berkongsi keterujaan bersama peminat sepanjang menjayakan naskah ini.
“Peminat hari-hari membuat suntingan video mengenai saya dan Meerqeen sepanjang Melur Untuk Firdaus berlangsung dan saya sudah tidak sabar untuk merasainya sekali lagi.
“Tetapi saya tidak mahu terlalu selesa dengan keadaan seperti ini dan saya mahu mencabar diri untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya harap drama ini sekali lagi dapat mencipta fenomena,” ujarnya lagi.
Melur Untuk Firdaus musim ke-dua dijangka bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Pihak produksi dikatakan masih lagi berusaha untuk memghasilkan skrip dan naskah yang terbaik.
Drama rantaian Melur Untuk Firdaus yang disiarkan TV3 melalui slot Lestary, merekodkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai lalu.
Komen netizen:
Kredit Foto: Instagram Meerqeen
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply