“Tiada Masalah, Cari Rezeki Halal,” – Kini Jual Coway, Ramai Teruja Lihat Perkembangan Terkini Faizal AF4

Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi Faizal Ramly kembali hangat diperkatakan selepas sebuah video di Tik Tok yang memaparkan mengenai perkembangan terkininya setelah sekian lama menyepi menjadi tular.

Menerusi video tersebut, Faizal memaklumkan dia baru sahaja memulakan pekerjaan barunya bersama syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka dunia, Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway Malaysia).

Lantaran itu, Faizal berharap agar semua pihak dapat menunjukkan sokongan terhadap dirinya selepas ini.

“Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya berbakti bersama Coway. Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Ameen,” katanya.

@smfhhabshee

Support Each Other 🤲 amin Inshaa Allah.

♬ original sound – 𝙍𝙞𝙠𝙤 𝙇𝙮𝙧𝙞𝙘𝙨 – 𝙍𝙞𝙠𝙤 𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘𝙨

Sementara itu, menerusi sebuah lagi video berasingan, Faizal yang juga merupakan pemenang program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memaklumkan dia masih lagi aktif menyanyi meski sudah menceburkan diri dalam pekerjaan baru.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara dua kerjaya tersebut.

@namakufaizalaf4

♬ bunyi asal – FAIZALSENYUMSOKMO🤭 – FAIZALSENYUMSOKMO🤭

“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.

“Jadi, rasanya tiada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya sayang anda semua,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menunjukkan tanda sokongam selain turut mendoakan agar Faizal akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Sepanjang bergelar penyanyi, Faizal memiliki beberapa buah single popular seperti Lihatlah, Datanglah dan Sakit Seorang Lelaki.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*