Cantiknya dia! Peserta taekwondo dari India tiba-tiba nak bertudung, mujur ada wanita bawa lebih… tak sangka pakai sampai dalam gelanggang

PERKONGSIAN video yang memaparkan seorang g4dis warganegara India memakai tudung ketika membuat persembahan poomsae pada kejohanan 5th Gewinn Unimap Malaysia Open International Taekwando Championship baru-baru ini membuatkan warganet terharu.

Malah ramai juga yang melu4hkan rasa seb4k kerana hasrat g4dis tersebut turut direstui ibu dan bapanya.

Berkongsi kisah, Rohaida Salleh, individu yang membantu menunaikan impian g4dis berusia 16 tahun itu secara kebetulan berkata, dia pada awalnya terkejut apabila diajukan sama ada mempunyai tudung lebih atau tidak.

“Semasa program tu berlangsung, suami saya sedang berbual dengan seorang pakcik bernama Data Nadeson yang merupakan pemandu pelancong keluarga berkenaan.

“Kemudian tiba-tiba bapa g4dis itu datang berjumpa pakcik tersebut dan bertanya jika ada sesiapa yang boleh pinjamkan tudung.

“Dia cakap, anaknya teringin nak pakai tudung… mungkin sebab kebanyakan penonton dan peserta yang hadir memakai tudung jadi dia ingin turut serta,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu, disebabkan ingin memenuhi hajat tersebut pakcik Data bertanyakan kepada suaminya jika boleh membantu.

“Suami terus menghubungi saya dan bertanya, kebetulan memang ada bawa tudung lebih dalam kereta.

“Jadi, saya putuskan untuk beri kepada g4dis India tersebut. Masa nak bagi tu, pakcik Data minta tolong pakaikan supaya menjadi kenangan terindah kepada g4dis tersebut.

“Memang wajah dia kelihatan sangat gembira bila dapat pakai tudung,” imbaunya.

Menganggap g4dis itu ingin menyelami budaya masyarakat Malaysia, Rohaida sekali lagi terkejut apabila tudung turut dikenakan ketika persembahan poomsae dilakukan.

Ayah kepada gadis tersebut (dua kiri) merupakan master taekwando dari India.

Bapa kepada g4dis tersebut (dua kiri) merupakan master taekwando dari India.

“Memang tak sangka yang dia akan terus pakai semasa dalam gelanggang. Rasa teruja sangat tengok imej dia begitu,” lu4hnya yang kemudian menghadiahkan tudung tersebut.

Bercerita lanjut, dia yang hadir ke kejohanan tersebut kerana membawa anak berusia lapan dan 11 tahun untuk bertanding turut memuji sikap pemandu pelancong berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Katanya, dia bukan sahaja peramah malah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

“Suami saya ada cerita juga sebab dia berborak lama dengan pakcik Data… dia memang ramah dan banyak berkongsikan pengalaman hidup.

“Daripada penceritaannya itu, dia mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri dan tidak rasis. Macam zaman kita dulu-dulu kat kampung, berkawan dengan semua bangsa tanpa mengira agama dan warna kulit,” jelasnya.

Anak-anak Rohaida mewakili Little Tiger Academy, Kulim Kedah.

Anak-anak Rohaida mewakili Little Tiger Academy, Kulim Kedah.

Kejohanan yang bermula 2 hingga 4 September lalu di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Perlis itu, turut disertai 15 negara luar antaranya India, Nepal, Brazil, Jepun, Singapura dan Thailand.

Terdahulu, video perkongsiannya tular di media sosial sehingga ditonton lebih 320,000 pelayar selepas dimuat naik dalam aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen memuji imej g4dis tersebut yang kelihatan cantik ketika bertudung.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*