BELUM pun reda kisah sekumpulan abang bomba ‘sado’ yang muncul pada sambutan Hari Kebangsaan 2022, seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu kini menjadi tumpuan.
Bukan kerana berbadan sasa, sebaliknya aksinya seperti watak adiwira ‘Spider-Man’ yang bergayut pada tali, sambil menc1um dahi pasangannya menarik perhatian ramai.
“Sejak bila Spiderman jadi bomba?”
“Peh kahwin dengan Spiderman.”
“Macam Peter Parker,” demikian antara komen netizen yang merujuk kepada watak Peter Parker yang menjadi Spider-Man, menerusi video yang baru dimuat naik pada Jumaat.
Norman berkhidmat sebagai anggota bomba sejak 2019.
Bercakap kepada mStar, anggota bomba berkenaan, Norman Affan Jumaat berkata, dia tidak menyangka foto perkahwinannya yang dikongsi oleh isteri, Nur Izyana Muhamad Shah, 26, menjadi tular di media sosial sekelip mata.
Pemuda berusia 27 tahun mengakui terkejut kerana foto tersebut dirakamkan pada hari perkahwinan mereka dua tahun lalu pada 8 Februari 2020.
View this post on Instagram
“Isteri baru tunjuk selepas dia post semalam (Jumaat). Itu gambar kahwin masa sesi fotografi di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin di Johor.
“Memang terkejut sebab masa kahwin dulu tak ada pun viral. Aksi ‘gayut’ tu adalah idea saya sebab memang minat dan mengikuti filem-filem Spider-Man,” katanya ketika dihubungi.
Di sebalik tabir sesi fotografi perkahwinan.
Menganggotai pasukan bomba sejak 2019, Norman menjelaskan aksi yang dilakukan itu juga merupakan sebahagian latihan keselamatan yang dilakukan mereka dari semasa ke semasa.
“Ia dipanggil latihan Spider-Man, yang dilakukan dalam latihan menyelamat ketika turun dari aras yang tinggi. Saya gunakan teknik ini untuk tunjuk macam dalam babak filem Spider-Man.
“Sesi fotografi mengambil masa kira-kira dua jam, tapi aksi Spider-Man tu hanya lima minit. Sesi penggambaran lain di sekitar balai termasuk di sebelah jentera bomba,” ujarnya yang bertugas di Kajang, Selangor.
Norman dan isteri mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2020.
Berasal dari Kempas, Johor, dia mengakui gelaran Spider-Man itu sememangnya tidak dijangka dan menganggapnya sebagai gurauan dalam kalangan netizen.
“Saya terkejut apabila ramai panggil saya Spider-Man, rasa kelakar pun ada. Aksi Spider-Man tu hanya dilakukan ketika latihan dan waktu kerja.
“Di luar waktu kerja, saya macam biasa. Melakukan aktiviti outdoor di masa lapang seperti hiking atau bermain online game kegemaran, Mobile Legends,” katanya.
Mengenai Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu, Norman berkata, dia tidak menyertai mana-mana perarakan kerana bercuti sempena kelahiran cahaya mata sulung.
“Saya ambil cuti sempena isteri bersalin pada 16 Ogos dan telah kembali bertugas. Isteri kini berp4ntang di Johor,” katanya sambil menambah isterinya merupakan pembantu klinik.
Norman dilabel sebagai ‘bomba Spider-Man’ selepas foto perkahwinannya dikongsi isteri di laman sosial.
Namun kata Norman, dia bercadang untuk memakai kostum Spider-Man pada masa akan datang sekiranya berpeluang melakukannya.
“Bagi saya, Spider-Man ini unik, watak adiwira yang lain daripada lain. Begitu juga dengan tugas sebagai anggota bomba, merupakan satu kepuasan yang berbeza.
“Lebih-lebih lagi apabila kami dapat memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Bila mereka menghargai dan berterima kasih kepada kami, ia merupakan satu nikmat,” katanya.
Video yang dikongsi isteri Norman meraih lebih sejuta tontonan di TikTok dalam masa kurang 24 jam.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply