DEMI kasih dan membalas jasa ibu tercinta, empat beradik sanggup membuat pinjaman pembiayaan bersama bagi membeli sebuah rumah yang kemudian dihadiahkan kepada ‘syurga’ mereka.
Menceritakan semula kisah inspirasi yang menyayat hati itu, Syafirul Izwan Abdul Rahaman, 40, yang merupakan ejen hartanah kepada adik-beradik berkenaan berkata, ia bermula apabila salah seorang daripada mereka tidak dapat membuat pinjaman sendirian atas beberapa faktor.
“Pembeli ni merupakan kenalan aku. Kakak ni memang anak dia ramai, ada 12 orang.
“Masa tu memang dia tak mampu nak beli rumah kerana suami kerja sebagai jurugambar sambilan… jadi mereka menyewa sehingga beberapa orang anak dia ni kerja dan ada yang berkahwin.
“Bila dah bekerja sebagai eksekutif sumber manusia, anak sulung dia yang berusia 27 tahun hubungi saya dan cakap ‘abang saya nak beli rumah’. Jadi saya tolong buat semakan loan,” ceritanya.
Jika hanya menggunakan nama dia, pinjaman tidak dapat dilakukan kerana harga rumah melebihi RM450,000.
Disebabkan itu, dia berbincang dengan tiga lagi adiknya untuk bersama-sama membuat pinjaman perumahan.
Malah adiknya yang baru berusia 21 tahun dan bekerja sebagai tukang gunting rambut turut sama melibatkan diri untuk menunaikan hasrat tersebut.
“Dia hubungi saya semula dan cakap ‘kami adik-beradik dah setuju untuk join loan empat orang, beli rumah untuk umi (mak)’.
“Diaorang cakap sebab nak balas jasa dan tunaikan impian umi mereka yang ketika itu berusia 50 tahun, memiliki rumah sendiri,” ujarnya.
Bercerita lanjut, Izwan yang berpengalaman lima tahun sebagai ejen hartanah memberitahu, pinjaman perumahan mudah lulus kerana menggunakan lebih daripada satu nama.
“Bila mereka dah buat keputusan rumah mana yang nak beli, saya pun submit loan… cepat lulus sebab empat orang join dan masing-masing lengkap dengan perincian butiran yang diperlukan,” jelasnya.
Memang seb4k. Saya dan pegawai bank faham situasi dan perasaan yang dialami, jadi kami biar dulu sehingga mereka ‘settle’.
IZWAN
Mengimbau suasana pilu ketika kesemua beradik itu hadir untuk tandatangan dokumen perjanjian pembiayaan dan pembelian rumah, dia yang pernah berkhidmat sebagai jurutera Petronas memberitahu, turut hadir adalah ibu dan bapa mereka.
VIDEO;
View this post on Instagram
“Bila dah okay, pihak bank panggil untuk tandatangan tawaran pinjaman. Pada masa tu, mak dia datang sekali, sebelum sign tu mereka men4ngis adik beradik.
Antara mesej yang dihantar anak sulung.
“Memang seb4k. Saya dan pegawai bank faham situasi dan perasaan yang dialami, jadi kami biar dulu sehingga mereka ‘settle’.
“Iyalah, bila kenangkan struggle mak dia besarkan mereka 12 orang sehingga lupakan impian nak beli rumah sendiri.
“Mereka memang nak letak nama mak sebagai penama dalam geran tapi ditolak. Jadi, hanya nama mereka berempat sahaja yang dimasukkan dalam geran tersebut,” katanya yang turut sebak dengan situasi pada masa itu.
Tambah Izwan dokumen pembelian rumah teres dua tingkat itu ditandatangani pada Jun 2019.
Kisah pengalaman yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok menjadi tular di media sosial, sehingga kini videonya ditonton lebih 480,000 pelayar.
Izwan bersama keluarga berkenaan.
Rata-rata netizen menyatakan turut sebak mendengar kisah yang diceritakan Izwan, ada juga yang berkongsi kisah sama.
“Saya sanggup buat loan peribadi RM275,000 demi rumah ibu di kampung. Allah berkati saya untuk dapat rumah di Kuala Lumpur dan KK lagi beberapa tahun selepas itu.
“Dengar abang cerita pun dah sedih… apa lagi abang yang tengok.
“Terharu dengan kisah ni.
“Ya Allah aku pun men4ngis. Semoga tercapai hasrat nak bawa umi keluar Klang, lupakan semua s4kit dan pahitnya,” ujar beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply