Menjelang 31 Ogos setiap tahun, sambutan Hari Kebangsaan disambut meriah dengan pelbagai aktiviti termasuklah pertandingan menggayakan pakaian berkonsepkan Jalur Gemilang.
Bagi Norly Hanim, 33, sejak empat tahun lalu dia tidak pernah ketinggalan mempersiapkan anaknya Nur Izz Dhiya Nor Azmi, 8, untuk menyertai pertandingan fesyen hari merdeka.
Ketika dihubungi mStar, Norly berkata pada tahun ini dia mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum anaknya menyertai pertandingan Fesyen Merdeka pada 25 Ogos lalu.
“Kali ini baju menggunakan kain como crepe tu dibuat khas oleh ibu saudaranya yang merupakan tukang jahit. Biasanya baju tu dibuat awal dalam bulan April. Lebih kurang RM100 dibelanjakan untuk siapkan baju tu.
“Setiap tahun idea untuk reka bentuk pakaian tu saya yang tentukan. Saya tak ada ikut sebarang tema masa hantar tempahan baju tu. Ambil masa dua minggu juga nak siapkan.
“Setiap tahun anak saya masuk bertanding sejak dia mula bersekolah sebab tu saya siapkan awal pakaian dia. Dhiya akan duduk sebelah untuk teman sediakan baju pertandingan sebab tak sabar nak pakai dan tunggu hari pertandingan,” ujar Norly.
Imbas wanita yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu lagi, sejak tiga tahun lalu anaknya merangkul tempat pertama bagi pertandingan tersebut.
Namun kali ini tuah tidak menyebelahi si kecil ini kerana pakaian yang diperagakan gagal mengikut tema iaitu tradisional.
Bagaimanapun, atas semangat ingin bertanding, kanak-kanak itu meneruskan perjuangan dengan menyertainya.
“Sebelum ni dah tiga kali dia masuk pertandingan. Ketiga-tiganya anak saya jadi juara.
Antara pakaian diperaga Dhiya untuk pertandingan tahun 2022 (kiri) dan sebelumnya (kanan).
“Tapi tahun ni dia tak menang sebab dapat info mengenai tema diberikan iaitu pakaian tradisional tu saat-saat akhir.
“Dah tak sempat nak alter atau tukar sebab baju dah siap. Dhiya pun memang suka baju tu jadi terpaksa pakai juga,” ujarnya.
Tegas Norly yang bekerja sebagai pentadbir di sebuah syarikat pengangkutan Rapid Penang di Pulau Pinang, semangat patriotisme yang ada pada anaknya ini lebih penting berbanding kemenangan dalam pertandingan.
View this post on Instagram
Malah, kekalahan pada kali ini tidak mematahkan semangat anaknya untuk lakukan lebih baik pada tahun hadapan.
“Semangat tu memang dipupuk sejak kecil. Setiap tahun kalau hari merdeka memang kami pakai T-shirt berlogo Jalur Gemilang walaupun duduk rumah. Bendera memang akan pasang dekat rumah dan kereta.
“Semua pertandingan melibatkan kemerdekaan dekat sekolah dia sertai. Pertandingan mewarna, melukis dan nanti ada pertandingan menyanyi lagu patriotik pun dia sertai pada 1 September 2022.
Norly bersama ahli keluarga ketika sambutan Hari Kemerdekaan di rumah.
“Sekarang tengah ‘pulun’ berlatih lagu Keranamu Malaysia. Dalam kereta, rumah… semua kena pasang.
Berikutan perkongsian di TikTok hingga meraih lebih 500,000 tontonan setelah disiarkan, netizen memuji kesungguhan si ibu dan anak.
“Tak apa… Tak menang pun tak apa. Adik tetap menang di hati kami. Lawa sangat dik! Tahniah untuk mak adik berusaha buat yang terbaik.
“Cikgu nak bagi budak lain pula merasa johan tapi kasihan adik ni baju dia memang cantik.
“Jangan sedih dik. Makcik suka tengok kamu bersiap. Menang kalah adat pertandingan. Cuba lagi jangan putus asa,” komen beberapa netizen di TikTok.
Norly bersama anak-anaknya.
Ujar Norly, pujian dan kata-kata cukup positif dilontarkan warga maya membuatkan dia dan anak tetap ingin terus berusaha berikan yang terbaik pada masa akan datang.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply