Tidak dinafikan kadang2 telatah kanak-kanak boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka. Sesekali bila melayan telatah mereka, kita akan merasa lega dan terasa tekanan akan hilang bila berdepan dengan kanak-kanak yang comel dan petah bercakap.
Walaupun begitu, ramai yang suka melayan kanak-kanak kerana mereka semua memiliki imaginasi yang memang luar dari kotak pemikiran yang biasa. Contohnya bila kanak-kanak yang suka dilayan orang dewasa dan mahukan perhatian daripada orang yang lebih dewasa.
Seperti yang boleh ditonton pada sebuah video yang telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok apabila dua orang kanak- kanak lelaki yang sedang bermain dengan telefon ibunya tetapi sebenarnya sedang merakam video ibunya tengah solat dan siap letak sticker ultraman yang sedang duduk pada video berkenaan.
Secara diam-diam mereka berdua merakam dan sambil tergelak bila mereka meletakkan sticker ultraman pada video itu. Bunyi gelakan mereka berdua membuatkan sesiapa yang menontonnya terikut sama tergelak mendengar gelakan mereka. Nasib baik ibu mereka tidak turut sama tergelak kan. Kemain lagi gelakkan ibu macam rasa tak bersalah kan.
Video:
@salihahsekeri Boleh pulak dua beradik ni main filter kat ibu tgh solat. Pastu sama2 gelakkan ibu. Adoiii la anak 🤦🏻♀️🤣
Bila diterjah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang meninggalkan komen tergelak sama bila mendengar helai tawa mereka berdua tergelak itu. Gelakan hilai tawa itu membuatkan sesiapa sahaja mendengar terikut sama untuk ketawa.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://www.tiktok.com/@salihahsekeri, sinarviral.com
Leave a Reply