Berdepan dengan situasi anak tidak mahu ke sekolah merupakan satu masalah biasa yang dihadapi oleh ibu bapa.
Setiap pagi, ada saja adegan air m4ta, juga momen pujuk memujuk anak yang biasanya berlaku kepada murid yang baru dihantar ke sekolah.
Turut menghadapi situasi sama, Haryati Mohd Nasir, 36, yang mana anaknya Muhammad Aisy Rifqi Ahmad Zaidi ‘lari’ dari sekolah lalu pulang ke rumah.
Haryati yang senang disapa Yaya berkata, dia sememangnya terkejut melihat anaknya yang berusia empat tahun tiba-tiba muncul di hadapannya selepas dihantar ke sekolah, dalam kejadian hujung Mei lalu.
“Saya dekat rumah tengah tidurkan baby masa tu. Tak lama lepas tu saya dengar ada orang masuk rumah.
“Sekali pandang tu nampak baju berwarna biru tercegat depan saya. Saya pelik macam mana dia boleh sampai rumah. Siapa pula hantar dia balik.
“Terus saya jerit panggil suami sebab terkejut. Bila suami datang, kami tergelak sama-sama. Masa tu tak terfikir lagi tentang risiko atau bahaya perjalanannya jalan kaki balik rumah macam mana,” kata Yaya ketika dihubungi mStar.
Tanpa berlengah lagi, Yaya yang menetap di Bagan Datuk, Perak kemudian menghubungi tadika Aisy bagi memaklumkan tentang anaknya.
Katanya, guru serta pembantu sekolah yang menyedari perkara itu turut terkejut lalu datang ke rumahnya bagi memujuk Aisy untuk ke sekolah semula.
Yaya bersama Aisy.
“Saya tak m4rah cikgu pun tapi lebih kepada rasa lucu saja. Saya hubungi cikgu beritahu yang anak saya ada dekat rumah. Mengucap panjanglah cikgunya lepas tu jerit tanya pembantu Mana Aisy, tu mama dia call bagitahu Aisy dekat rumah dah!.
“Tak lama lepas tu pembantu dengan cikgu dia sampai rumah kami. Mereka pujuk Aisy siap tanya kenapa lari balik rumah,” imbas Yaya mengenai kejadian itu.
Menurut Yaya, rumahnya juga terletak ‘berjiran’ (sebelah) dengan sekolah dengan jarak perjalanan hanya dua minit saja.
Setelah mendengar cerita sebenar daripada pembantu sekolah, Yaya berasa lebih tenang mengetahui punca si cilik ini ‘lari’ pulang ke rumah.
View this post on Instagram
Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut mendengar alasan diberikan Aisy walaupun sudah mengetahui punca anaknya bertindak sedemikian.
“Saya tanya pembantu sekolah tu. Dia ceritalah masa tu dia bawa empat murid termasuk Aisy pergi ke tandas. Masa dia tolong bersihkan seorang murid, Aisy lari balik rumah jadi pembantu yang tengah sibuk tu tak perasan.
“Bila tanya Aisy pula, dia cakap dia tak tahan nak kenc1ng kononnya. Katanya kawan kenc1ng lama sangat masa tunggu giliran. Bila tanya banyak kali dia mula men4ngis. Tapi saya faham itu cuma alasan dia saja.
Aisy merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.
“Sebenarnya dia lambat masuk ke sekolah berbanding murid lain. Hari kedua buka sekolah, kami satu famili positif c0vldl9. Aisy dan saya masuk wad selama tiga hari. Tak lama lepas tu saya bersalin pula jadi dia kena cuti sebulan lebih. Kiranya tu hari pertama dia bersekolah sebab tu tak nak pergi,” jelas si ibu.
Menurut Yaya, walaupun guru datang memujuk, Aisy tetap enggan ke sekolah malah timbul lagi satu masalah apabila dia tertinggal beg.
Aisy kemudian memujuk bapanya, Ahmad Zaidi Abdul Manan, 28, untuk pergi ke sekolah bersamanya bagi mengambil semula beg miliiknya.
“Cikgu pun balik lepas pujuk, tapi Aisy cakap dia tak nak pergi sekolah dah. Tapi beg sekolah pula tertinggal. Dia pujuk papa pergi sekolah ambil beg. Berdekahlah kami berdua gelak sebab lari sekolah tapi beg tertinggal!
Yaya bersama ahli keluarganya.
“Pukul 12 tengahari suami bawa dia pergi sekolah semula ambil beg. Masa tu suami suruh dia minta maaf dekat cikgu dan pembantu dan berjanji untuk tak lari dari sekolah lagi,” kata Yaya.
Berikutan perkongsian di TikTok yang meraih lebih 600,000 jumlah tontonan, rakaman itu dibanjiri dengan komen netizen.
Rata-rata warga maya terhibur dan mula mengimbau kenangan malah berkongsi pengalaman menghadapi situasi sama seperti kanak-kanak ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply