Penyanyi Usop melu4hkan rasa syukur apabila isterinta, Nur Fatihah Md Hashim kini menutup aurat dengan tampil bertudung penuh.
Malah Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, menjelaskan dirinya terharu dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban sahaja.
“Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.
“Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai… Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya memetik mStar.
Bagaimanapun, Usop tidak menafikan wujud perasaan bimbang sekiranya isteri diuji dalam proses istiqamah.
“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.
View this post on Instagram
“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya yang sentiasa mendoakan agar hati si isteri sentiasa kuat dalam mencari keredhaanNya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu dan mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply