“Banyak Betul Perbezaan Suara Tokti” – Netizen Tergamam Dengar Tokti Nyanyi Lagu Nirmala Versi 2022

Penyanyi nombor satu Malaysia, tidak lain tidak bukan tokti atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza. Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan suatu nama yang sangat besar di Malaysia dan disegani semua penggiat seni tanah air.

Beliau mulai terkenal sejak berusia belasan tahun lagi. Dia juga telah memenangi anugerah juara lagu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996,1998 dan 2000.

Sepanjang kerjayanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa.

Baru-baru ini tular video di tiktok hasil kongsian kick_kapoor8989, sebuah video bandingan nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu pada tahun 2002 dan 2022. Video tersebut mendapat sebanyak 600 ribu tontonan dan 50 ribu sukaan.

Video:

@kick_kapoor8989

Usia 22 tahun bkn masa yang sekejap ya.. lebih DUA DEKAD… tetap utuh key yang sama… #fyp #fypシ #masukberanda

♬ Nirmala – Siti Nurhaliza

Terdapat perbezaan yang ketara, suara tokti yang dulu lebih nyaring, sekarang lebih lunak didengar. Dengan faktor usia dan pengalaman selama 20 tahun, banyak improvasi yang dibuat oleh tokti. Min tercengang tengok tokti nyanyi, betul-betul menusuk jiwa. Memang betul lah Tokti penyanyi nombor satu negara!

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinetronmalaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*