Tenang jamah lauk dibekal isteri, lelaki ‘dib4han’ rakan, ramai puji suami terbaik

Tenang walau apa jua orang meng4ta! Itulah yang dilihat situasi seorang suami yang berhadapan kvtukan rakan sekerja berkenaan bekal.

Membawa sendiri bekalan makanan ke pejabat menjimatkan. Tidak sekadar itu, kebersihan dan kualiti bahan yang digunakan juga terjamin.

Selain ibu, tiada siapa mampu lawan air tangan isteri sendiri. Meskipun hanya menikm4ti menu ‘simple’, sajian yang disediakan tetap terasa kelazatannya. Masa pun tidak perlu dibazirkan untuk membeli makanan di luar.

Bagaimanapun, amalan baik ini adakalanya menjadi ‘bahan’ us1kan orang sekeliling.

Seperti kisah yang tular baru-baru di mana lelaki dilihat hanya tersenyum saat dirinya dibahan gara-gara membawa bekalan mencvri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bosshukex, kelihatan lelaki tersebut sedang makan tengahari bersama rakan-rakannya yang lain.

Bagaimanapun, dia dilihat dib4han oleh rakannya sewaktu sedang menjamah air tangan isteri yang dibawa daripada rumah.

Rakannya berseloroh kerana menjamah menu restoran ‘meriah’ penuhi pinggan berbanding lelaki tersebut yang mempunyai lauk sederhana.

“Makan lauk meriah-meriah, macam dah tak ada hari esok. Datang yang ni (merujuk lelaki berkenaan)..,” seloroh rakannya itu sambil ketawa.

Video:

@bosshukex

Sedihkan saya kena buli …hahah

♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe – Boss Shukex Halo Telco_oe

Pun begitu, lelaki tersebut kelihatan sangat tenang dan hanya tersengih melihat gelagat rakannya itu apatah lagi ketika rakannya yang lain berseloroh tentang bekas makanan aiskrim dan kartun ‘avengers’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan rakan-rakan lelaki tersebut kerana memandang rendah kepada kasihnya seorang suami makan bekalan isterinya.

Dalam pada itu, ramai juga yang ‘salute’ dengan lelaki tersebut yang menghargai air tangan isterinya malah tidak hairan dibahan kerana jelas makanannya dijamin lebih bersih dan sedap berbanding di luar.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*