“Saya Tidak Akan Nyanyi Lagu Lama Saya Yang Tidak Seiring Dengan Imej Sekarang” – Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana mended4hkan yang dia tidak akan menyanyi lagu-lagu lama miliknya yang kedengaran tidak selari dengan imejnya yang kini sudah bertudung.

Zizi berkata, lirik sedemikian mungkin sesuai ketika dia masih belum menutup aur4t sepenuhnya dan tidak lagi relevan untuk dinyanyikan pada masa sekarang.

“Ada beberapa lagu lama saya yang mungkin saya tidak akan nyanyikan secara terbuka. Contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK.

“Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aur4t), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi, saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini,” katanya kepada Gempak.

Zizi berkata demikian pada majlis sidang media Faztival Fazura yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zizi berkata, pihak penganjur seperti memahami keadaan dirinya dan tidak pernah meminta dia untuk menyanyikan lagu yang sudah tidak sesuai dengan imej baharunya itu ketika penganjuran acara persembahan.

“Saya rasa peminat faham dengan situasi saya ini. Penganjur juga faham dan selama saya sudah berubah, saya tidak lagi pernah diminta untuk nyanyi lagu-lagu lama yang tidak bersesuaian.

“Jujur, saya berasa bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka… seolah-olah mereka sudah memahami,” katanya lagi.

Ditanya apakah jenis lagu yang akan dinyanyikan pada masa akan datang, Zizi berkata: “Lagu-lagu seperti lagu Eh… Ketika proses rakaman lagu tersebut, saya sudah tahu lagu sebegitu yang akan saya nyanyikan pada masa akan datang,” tutupnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*