Peniaga tak ambil serius dapat order ketika sedang live, sekali pelanggan betul muncul di gerai tuntut nasi lemak

REZEKI merupakan satu pemberian Allah yang tidak ternilai dan ia datang dalam pelbagai bentuk tanpa disedari seperti yang dialami TikTokers terkenal Ryan Bakery.

Ada juga pepatah yang menyatakan rezeki tidak pernah tersalah alamat, namun kadang kala mengambil masa yang lama sebelum tiba kepada penerimanya.

Begitulah yang terjadi kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda Landskap Arkitek dari Universiti Putra Malaysia yang kini menjual nasi lemak berhadapan Kastam Johor Bahru, Johor, apabila dia tiba-tiba menerima tempahan ketika sedang melakukan ‘live’ di lokasi perniagaannya baru-baru ini.

Bercerita mengenai pengalamannya itu, Mohd Khaidir Hassan berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa pelanggan akan membuat tempahan semasa sesi siaran langsung dilakukan.

“Saya pun tak sangka yang kakak tu nak order macam tu sebab memang tak pernah berlaku sebelum ini. Jadi saya sebenarnya layan saja-saja je masa awal tu… tapi tak sangka memang akak tu datang betul-betul.

“Itu yang buatkan saya teruja dan terharu… kakak tu memang betul-betul support bisnes saya. Terima kasih sangat,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Malah katanya, sejak jualan nasi lemak dimulakan semasa c0vldl9 melanda negara, dia sering mengalami beberapa momen dan situasi unik.

Menurut jejaka berusia 29 tahun itu lagi, walaupun pelik namun dia menganggapnya sebagai pengalaman yang manis selain dijadikan penduan supaya lebih berjaya di masa hadapan.

“Masa mula-mula berniaga dulu di kawasan rumah saya, pernah hujan turun selebat-lebatnya sehinggakan kanopi saya patah dan makanan saya basah. Saya masih simpan video kejadian tersebut.

“Selain itu, ada juga beberapa pengalaman kelakar… burung gagak cvri nasi lemak saya.

“Walaupun begitu, saya anggap ia sebagai pengalaman manis di samping kehadiran gelandangan yang banyak membuka mata saya dan pasukan,” lu4hnya.

Berkongsi kisah mengenai permulaan bisnesnya, anak jati Skudai itu mengakui setiap yang dilalui berlaku tanpa dirancang.

Bisnes nasi lemak diceburi semasa c0v1d-i9 melanda negara.

Bisnes nasi lemak diceburi semasa c0vldl9 melanda negara.

Tambahan pula, dia sebelum ini berkhidmat sebagai landskap arkitek di sebuah syarikat swasta sejajar dengan taraf pendidikan yang dimiliki.

“Sebelum berniaga saya pernah berkhidmat dalam syarikat swasta dari tahun 2017 sampai 2019. Dalam tempoh itu juga saya pernah bekerja sebagai marketer di sebuah syarikat percetakan baju.

“Tapi ketika c0vldl9 melanda, saya tidak dapat teruskan bekerja. Jadi saya buat keputusan untuk pulang semula ke Johor Bahru dan menjadi rider untuk menampung kehidupan.

“Bermula dari situlah saya mendapat idea untuk berniaga dan memulakan bisnes. Ya lah, saya melihat orang berniaga dan lakukan pelbagai aktiviti lain,” imbaunya yang kini turut membuka gerai di susur keluar Jalan Tun Razak.

Khaidir juga berniaga seawal jam 3 pagi setiap hari dan rata-rata pelanggannya adalah rakyat tempatan yang bekerja di Singapura.

Dia yang bakal mendirikan rumah tangga berkata, bisnes yang dijalankan itu adalah bagi mengumpul duit dan membuat simpanan untuk masa hadapan.

Tambahnya yang gemar membuat vlog, masa lapangnya sering dihabiskan untuk beriadah dan merakam video.

Khaidir bersama pasukannya ketika membuka gerai nasi lemak pada jam 3 pagi.

Khaidir bersama pasukannya ketika membuka gerai nasi lemak pada jam 3 pagi.

Maka tidak hairanlah apabila video di aplikasi TikTok mendapat banyak tontonan manakala pengikutnya sudah mencecah 17,000 orang.

“Saya memang suka buat video dan semasa belajar dulu pun banyak buat kerja berkaitan seni kreatif. Tambahan pula saya pernah bekerja bahagian marketer yang membolehkan saya menghasilkan video untuk pemasaran produk.

“Selain itu, saya juga minat mencipta lagu. Contoh lagu yang pernah dibuat adalah Hadir. Bermula dari situlah saya rasa platform TikTok ini boleh digunakan untuk marketing dan menguar-uarkan produk jualan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Maka bermulalah perjalanan saya sebagai TikTokers nasi lemak dan sepanjang tempoh itu saya cuba buat live hari-hari dan video pendek untuk pengikut,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun Khaidir mengakui bahawa, dia terpaksa mengehadkan hobinya kerana kekurangan masa selain sedang berusaha dan memberi tumpuan penuh untuk mencapai hasrat melangsungkan perkahwinan.

Katanya, pada masa ini, live dan video yang dihasilkan adalah berkaitan jualan nasi lemak.

Bercerita lanjut, dia tidak menafikan penglibatan atau promosi yang dilakukan menerusi platform media sosial tersebut membantu meningkatkan jualan.

“Kalau kita berniaga semata-mata menunggu orang datang memang agak susah. Dengan platform yang ada ni, kita boleh berinteraksi dengan lebih ramai orang.

“Lagi pula, trend hari ini menunjukkan orang ramai lebih suka untuk membeli dengan cara promosi di media sosial.

Nasi lemak dijual dengan harga RM2.

Nasi lemak dijual dengan harga RM2.

“Tapi ia bukanlah berlaku dalam satu dua hari… sebaliknya memerlukan kesabaran dan kecekalan di samping doa. Saya bermula Oktober 2021 sehingga kini, dan paling tidak disangka akan ditemubual oleh pihak mStar sendiri,” katanya yang turut memberi inspirasi kepada golongan muda yang lain.

Terdahulu video yang memaparkan rakaman pendek sesi siaran langsungnya ketika mendapat tempahan nasi lemak menjadi tular sehingga ditonton lebih 1.3 juta pelayar.

Dalam pada itu, kebanyakan pelayar meninggalkan komentar yang memuji tindakan pelanggannya itu kerana memberi sokongan kepada peniaga kecil.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*