Dulu kucing kvrap, tak ada sudi bela… umur 3 tahun Little terima hadiah birthday terindah rantai Louis Vuitton

BUKAN biasa-biasa!

Begitulah kisah seekor kucing yang dihadiahkan rantai berjenama Louis Vuitton (LV) sempena ulang tahun kelahirannya yang ketiga pada 11 Ogos lalu.

Menurut Natasha Rashdan, 25, dia saban tahun akan membeli hadiah untuk kucing kesayangannya namun memilih sesuatu yang berbeza untuk sambutan kali ini.

“Sebenarnya setiap tahun memang ada hadiah untuk Little. Macam tahun lepas, saya beli cat house untuknya. Tapi sekarang Little dah besar, dia pun dah tak main sangat. Jadi saya terfikir, apa patut saya beli tahun ni?

“Sebelum ini saya pernah tengok satu filem memaparkan anjing yang memakai beg LV. Jadi saya dapat inspirasi daripada cerita itu. Saya buat carian Google dan baru tahu wujud tag colar berjenama mewah.

“Jadi saya buat keputusan beli LV untuk Little. Harganya berpatutan, dalam RM1,300 ke RM1,400 mengikut saiz untuk kucing dan kita juga boleh engrave namanya,” ujar Natasha kepada mStar.

Menurut anak jati Ipoh, Perak itu, dia juga tidak menyangka video kejutan hari lahir buat kucingnya akan tular dan meraih hampir 800,000 tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam.

Tambah Natasha, dia seronok membaca komen-komen netizen yang tumpang gembira dengan kucingnya, tak kurang juga yang berjenaka mengenai pemberian itu.

Natasha berkongsi video itu di aplikasi TikTok.

“Memang sangat terkejut, saya ni suka share mengenai kucing di media sosial. Tak jangka ia viral. Saya juga terima soalan, orang tanya beli di mana dan berapa harganya. Ada juga yang bergurau, mereka kata nak jadi kucing saya.

“Tapi sejujurnya saya melihat TikTok sekarang berbeza dengan TikTok beberapa tahun lalu. Ia banyak beri manfaat dan ilmu termasuklah bidang bisnes, masakan dan macam-macam lagi.

“Ada juga yang mesej saya tanya mengenai tip pemakanan kucing, mereka nak tip untuk kucing gemvk. Jika ada kelapangan, saya memang akan berkongsi apa yang saya tahu,” ujarnya yang kini menetap di ibu negara.

Bercerita mengenai Little, Natasha berkata kucing itu merupakan pemberian seorang rakan pada tahun 2019 yang kini menjadi peneman utama dalam hidupnya.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya ambil daripada kawan, saya tak pernah beli kucing. Dulu kawan saya ada banyak kucing, jadi dia agihkan pada kawan-kawan. Little je tak ada orang adopt, Little hanyalah kucing betina baka kampung yang ada kvrap masa tu.

“Tapi saya tak kisah kucing jenis apa, bagi saya kita kena layan adil semua haiwan. Jadi saya ambil Little daripada kawan dan bawanya untuk tinggal bersama saya di Kuala Lumpur. Keluarga saya di Ipoh pun ada bela kucing.

“Jadi sejak 2019, Little yang jadi peneman hidup saya. Little dah dianggap macam keluarga sendiri. Saya bercakap dengan Little pun macam saya bercakap dengan manusia. Bagi saya, kucing memberi ketenangan dalam hidup.

“Bila ada haiwan dalam rumah, tenang je rasa. Balik rumah, ada kucing, terus hilang rasa penat. Little pun selalu nak berkepit dengan saya,” ujarnya.

little 4

Little meraih perhatian netizen selepas dia menerima hadiah mewah.

Dalam pada itu, Natasha juga percaya dengan konsep rezeki dan tidak pernah kisah untuk mengeluarkan belanja demi kucing kesayangannya.

“Saya percaya, InsyaAllah rezeki kita akan murah kalau bela haiwan. Walaupun terpaksa keluar belanja, tapi saya tak pernah rasa terbeban. Tak terasa bila keluarkan duit untuk kucing. Tiba-tiba ada ganti yang kita tak sedar.

“Kadang-kadang kos perubatan bukan murah, di Kuala Lumpur biasanya banyak klinik haiwan swasta. Tapi saya tak pernah masukkan perbelanjaan untuk Little sebagai komitmen. Yang penting kena ikhlas jaga kucing,” ujarnya yang bekerja dalam bidang pembuatan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*