[VIDEO] Kongsi Rakaman Video Arw4h Siti Sarah Di Instagram, Shuib Titip Pesan Buat Para Suami – “Pada Suami Semua…”

Semalam, genap setahun penyanyi Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Yang Maha Esa. Sungguhpun masa telah menjarakkan dvka, namun kehilangannya masih tetap terasa.

Kenangan pemergian arw4h dikongsi suami, Shuib Sepahtu. Menerusi kemas kini Instagram, Shuib berkongsi video yang disifatkan sentiasa membuatnya mend4kap rasa sedih.

“9 Ogos 2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat. Masa ni pregnant lima bulan, you nak sangat makan dekat tempt favourite you.

“Berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi ambik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulis Shuib.

Selain berkongsi mengenai situasi yang dirakam bersama arw4h isteri tersayang, Shuib juga berpesan kepada para suami supaya sentiasa peka dengan permintaan orang yang disayang.

Tambah Shuib, permintaan tersebut barangkali boleh jadi permintaan terakhir mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.

“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt. Raissuddin.

Untuk rekod, allahyarham Siti Sarah men1ngg4l dvnia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dij4ngkiti v1rus C0VlDl9.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*