8 tahun tunggu, bapa terh4ru anak akhirnya boleh menapak! Selama ini cuma jawab ‘dia istimewa’ jika ada yang tanya

MENERIMA perkhabaran tidak baik mengenai tahap kesihatan tidak baik anak sendiri pasti menjadi episod dvka bagi setiap ibu bapa.

Apatah lagi jika berita mengenai peny4kit tersebut diterima ketika anak ini masih lagi berada dalam kandungan.

Begitulah yang dialami Thaqif Asyraf Khairol Nizam, lapan tahun yang didiagnos mempunyai peny4kit Cerebral Palsy dan masalah kesihatannya ini diceritakan semula oleh bapanya, Khairol Nizam Ahmad Sabri, 37.

Ketika dihubungi mStar, Khairol Nizam yang senang disapa Khairol berkata dia dimaklumkan bahawa Thaqif mengalami masalah kegagalan untuk melihat, mendengar mahupun bercakap setelah dilahirkan namun berlaku sebaliknya.

“Anak saya ada masalah sejak lahir lagi sebab lem4s dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan, Thaqif disahkan mempunyai masalah Ceberal Palsy.

“Kata doktor, anak saya tak mampu berjalan, pekak, bisu dan buta. Bila dapat tahu daripada doktor macam tu, hati ibu bapa mana tak sedih dan tertekan.

“Tapi dengan kuasa Allah, saya bersyukur dia tak alami semua masalah tu masa lahir. Cuma dia tak mampu berjalan dengan sendirinya,” ujar Khairol.

Menurut Khairol, Thaqif seorang anak yang aktif dan mampu bersosial macam kanak-kanak lain tetapi pergerakan dirinya masih terbatas.

Disebabkan masalah dihadapi, mereka terp4ksa melakukan rawatan seperti kem terapi pasir dengan menanam Thaqif dalam pasir jenis Epsom Salt sejak berusia enam bulan seperti yang disarankan juruterapi.

Thaqif mendapatkan rawatan daripada juruterapi di sebuah pusat perubatan.

Usaha demi usaha dilakukan, anak tunggal Khairol ini menunjukkan perkembangan semakin baik apabila dia kini mampu menapak secara perlahan-lahan dalam cubaannya untuk berjalan.

Walaupun pernah berputus asa beberapa kali sebelum ini, namun dia dan isteri tetap bangkit dan memulihkan semula semangat masing-masing demi perkembangan anak tersayang.

“Masa buat kaedah tanam dalam pasir ni nampak Thaqif tak selesa sebab teknik ni ikut tahap ketidakupayaan dia untuk kuatkan anggota badan. Tapi kesan daripada kaedah ni memang baik untuk tvbuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Setelah lapan tahun kami tunggu untuk lihat Thaqif berjalan, akhirnya dapat tengok dia menapak. Tak boleh digambarkan keseronokan tu sebagai bapa bila tengok dia berjalan.

“Bayangkan kami tak ada momen tengok Thaqif merangkak memanjat dan sebagainya. Bila Thaqif dapat menapak syukur pada Allah sebab izinkan Thaqif untuk berjalan. Sekarang Thaqif dalam sesi latihan untuk terus berjalan.

“Sebelum-sebelum ni apabila dia persoalkan kenapa masih tak boleh berjalan, jawapan yang saya dan isteri selalu bagi adalah Thaqif anak istimewa. Jika diizinkan Allah, nanti Thaqif boleh berjalan,” ujarnya.

Khairol bersama anaknya, Thaqif.

Ujar Khairol yang menetap di Pulau Pinang, Thaqif sangat menggemari sukan bola sepak dan badminton kerana kerap menonton setiap perlawanan di televisyen.

Justeru, Khairol yang merupakan seorang anggota beruniform berharap minat anaknya terhadap sukan tersebut mampu membuatkan Thaqif lebih bersemangat serta pulih seterusnya dapat berjalan dan seperti kanak-kanak lain.

Perkongsiannya yang menunjukkan detik kegembiraan seorang bapa melihat anaknya berjaya menapak selepas lapan tahun menunggu meraih lebih 1 juta jumlah tontonan dan rata-rata netizen berasa seb4k dan gembira melihat momen tersebut.

Warga maya mendoakan agar kanak-kanak ini disembuhkan segala peny4kit dan dapat terus berjalan kerana terharu melihat kesungguhan dan semangatnya.

“Saya sebenarnya post di TikTok untuk berkongsi rasa dan sebagai simpanan momen Thaqif berjalan. Di luar jangkaan saya ia mendapat perhatian netizen.

Thaqif bersama ibu dan bapanya.

“Syukur Alhamdulillah saya sangat terharu dengan sokongan dan dorongan positif yang diberikan oleh netizen dan kami terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan cadangan yang diberikan oleh mereka sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan Thaqif.

“Jaga anak OKU (Orang Kurang Upaya) bukan satu perkara mudah, ia melibatkan emosi, psikologi, fizikal dan sosial, ekonomi dan masa.

“Selain bekerja, rutin harian banyak tertumpu kepada perkembangan dan potensi keupayaan atau kebolehan Thaqif. Faktor persekitaran sangat penting. Kami bersyukur mempunyai sistem sokongan sosial yang baik membolehkan kami berusaha untuk tingkatkan potensi Thaqif,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*