Pemuda ini kena ‘r3ject’ bakal majikan kerana tanda lahir di muka, tompok merah jadi alasan tak sesuai kerja ‘front desk’

PERNAH disangka mel3cur terkena air panas, namun sebenarnya warna kemerah-merahan pada bahagian pipi kanan pemuda ini adalah tanda lahirnya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Aizuddin Jamali berkata tanda merah tersebut sememangnya wujud sejak dia masih b4yi dan warnanya semakin terserlah seiring dengan peningkatan usia.

“Dalam kesemua lima adik beradik, hanya saya seorang saja yang ada tanda lahir sebegini. Masa saya b4yi, tanda kemerahan ini tak jelas pun. Tapi ia berubah pekat sedikit apabila besar. Tompokan tanda lahir ini tak merebak.. saiznya tak membesar.

“Cuma, warna ini akan menjadi lebih pekat daripada biasa apabila saya tak sihat atau j4tuh s4kit. Contohnya kalau saya dem4m atau s4kit kepala pun warnanya berubah.

“Ketika saya dij4ngkiti c0vldl9 pada Februari lalu pun warna merah pada pipi kanan nampak ketara. Saya memang dah cam. Bagi keluarga saya, mereka akan tahu saya s4kit atau tak sihat kalau nampak tanda merah ini lain warnanya daripada biasa,” ujar pemuda berusia lingkungan 20-an ini.

Bagaimanapun menurut Aizuddin, doktor yang ditemuinya memberitahu tanda lahirnya tidak mempunyai ris1ko atau berb4haya.

Tidak terlepas daripada tempias menjadi m4ngsa b0dy sh4ming, Aizuddin turut berkongsi pengalaman yang pernah dilalui sewaktu kecil.

“Masa kecil saya pernah kena ej3k… sampai tahap nak p0nteng sekolah. Biasalah zaman budak-budak, kalau ada yang unik sikit mesti kena ej3k.

tanda lahir 4

Tanda lahir pada pipi kanan Aizuddin masih ‘samar’ sewaktu kecil.

“apabila saya besar, ia semakin berkurang kerana kita dikelilingi circle yang agak terbuka. Cuma saya teringat satu insiden ketika nak mohon kerja part-time sewaktu belajar dahulu.

“Pihak majikan r3ject kerana mereka kata saya tak sesuai berada di bahagian front desk. Saya terima saja namun pada pendapat saya, usahlah diskriminasi jika individu itu unik. Yang penting adalah kemahiran dan bakat,” katanya yang kini bekerja di bahagian teknikal IT merangkap pereka konten di sebuah syarikat swasta.

Dalam pada itu, Aizuddin mengakui sungguhpun tidak lagi berdepan dengan pengalaman di3jek ketika semakin meningkat dewasa, dia tetap tidak dapat lari daripada merasa rendah diri atau insecure.

“Sebelum ini saya jalan pun tunduk, tambah-tambah lagi sejak zaman c0vldl9 memang pakai topeng muka sentiasa. Tapi kawan-kawan banyak bagi sokongan… tahun ini saya tak segan untuk tanggalkan mask di depan orang,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.

tanda lahir 2

Aizuddin (belakang, dua dari kiri) bersama rakan sekerja di OokbeeMY.

Mengambil contoh kisahnya sendiri, Aizuddin baru-baru ini memuat naik satu video di aplikasi TikTok bertujuan untuk berkongsi cerita sekaligus menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai individu yang mempunyai tanda lahir.

“Tak sangka pula video tu dapat sehingga melebihi 139,000 jumlah tontonan. Dekat ruangan komen, ramai juga kongsi cerita tentang tanda lahir masing-masing.

“Ada yang mempunyai tanda lahir dekat mata sehingga menjejaskan penglihatan, ada yang di bibir dan macam-macam cerita lagi. Daripada situ, saya tahu ramai rupa-rupanya yang senasib… cuma kisah kami berbeza,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Selain video tersebut, selaku pereka konten di syarikatnya, Aizuddin juga banyak menghasilkan video-video lucu lain yang bertemakan situasi di tempat kerja.

“Saya sebenarnya bertugas di bahagian teknikal IT. Pada satu hari, syarikat tempat saya bekerja, OokbeeMY yang bertempat di Shah Alam, perlukan content creator. Sebelum ini konten TikTok kami yang banyak post fasal e-book agak slow dan kurang sambutan.

“Jadi saya yang tawarkan diri untuk mencuba nasib. Saya nak buat video yang fun saja niatnya. Saya minta tempoh percubaan dalam sebulan.

“Tak sangka, dua minggu pertama, video yang saya buat dengan bantuan rakan meletup (dapat perhatian). Kemudian, video-video yang seterusnya pun sama. Jadi secara tak langsung saya merangkap pereka konten di syarikat,” ujarnya.

tanda lahir 3

Pemuda ini bertuah kerana dikelilingi sahabat yang sangat positif dan sentiasa memberikan sokongan.

Terharu kerana video yang dihasilkannya mengundang perhatian ramai, Aizuddin dalam pada itu turut menitipkan kata-kata kepada mereka yang kurang berkeyakinan kerana mempunyai tanda lahir.

“Jangan malu dengan diri sendiri. Saya pun dulu insecure juga, tapi apabila dah besar, kita dah boleh berfikir dengan matang.

“Kita tetap cantik dekat mata Allah. Kita semua sama, hanya berbeza dari segi rupa saja. Selain kena kuat, sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan juga penting untuk kita lebih yakin,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*