[VIDEO] Cahaya terang sinari ruang udara Sarawak cetus m1steri, gemp4rkan penduduk

LANGIT Sarawak pada awal pagi Ahad disinari dengan cahaya m1steri yang disangka sebagai meteor oleh segelintir penduduk.

Dalam satu rakaman tular, kelihatan satu bebola cahaya diekori percikan persis t4hi bintang sedang melintasi ruang udara di Jalan Bako, Kuching.

Meteor spotted in Kuching! #JalanBako 31 Julai 2022,” tulis pelayar Twitter @nazriacai.

Ciapan video yang dimuat naik tepat pvkul12.57 pagi itu sehingga kini meraih lebih 5,600 ulang kicau.

Malah, video berkenaan turut menerima lebih 1.5 juta tontonan.

Di ruangan komen, seorang lagi pelayar Twitter dikenali sebagai @Drizzle78878087 turut berkongsi kejadian sama yang dirakam di Bintulu.

Difahamkan, cahaya m1steri berkenaan merupakan serpihan daripada roket pelancar Ch1na yang bertebaran kembali ke ruang bumi.

Menurut laporan CBS News, serpihan dari roket penggalak Ch1na yang besar tiba semula ke bumi pada Sabtu.

Jelas Komando Angkasa Amerika Syarikat (AS), serpihan roket itu memasuki semula atmosfera bumi di atas Lautan Hindi pada kira-kira 12:45 tengah hari (EDT).

roket gerry 2

Agensi Angkasa Malaysia turut memuat naik kenyataan mengenai kemungkinan insiden kej4tuhan serpihan roket itu. Foto:Getty.

Perbadanan Aeroangkasa berkata bahawa ia berkemungkinan terb4kar apabila kembali, tetapi terdapat sedikit risiko serpihan menyebabkan kerosakan atau kem4tian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Mereka juga tidak dapat meramalkan titik tepat kemasukan semula atau berapa banyak kerosakan yang boleh berlaku.

Sementara itu, laman Twitter rasmi U.S. Space Command turut mengesahkan tebaran serpihan itu menerusi satu ciapan pada 1.45 pagi Ahad.

roket 2

Rakaman yang dikongsi menerusi Twitter meraih lebih sejuta tontonan.

“#USSPACECOM boleh mengesahkan roket Republik Rakyat Ch1na (PRC) Long March 5B (CZ-5B) memasuki semula Lautan Hindi pada kira-kira 10.45 pagi MDT pada 30/7.

“Kami merujuk anda kepada #PRC untuk mendapatkan butiran lanjut tentang aspek teknikal kemasukan semula seperti lokasi kesan penyebaran dan serpihan yang berpotensi,” tulis pengendali akaun Twitter itu.

Untuk rekod, Agensi Angkasa Malaysia pada 29 Julai turut memuat naik kenyataan mengenai kemungkinan serpihan roket Long March 5B milik Ch1na jatuh ke ruang udara bumi.

“Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ingin memaklumkan bahawa ramalan terkini kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik Ch1na ke ruang udara bumi adalah pada 30 Julai 2022 sehingga 1 Ogos,” ujar kenyataan itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*