Penyanyi popular, Wany Hasrita mengumumkan bernikah malam ini.
Berita itu dikongsi Wany dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Wany, dia bakal bergelar isteri kepada Al-Adib Fahmi pada malam ini dan memohon orang ramai mendoakan urusan pernikahannya dipermudahkan.
“Assalamulaikum WBT, dan salam sejahtera.
“Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu dimuka bumi ini. Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan difasa yang baru.
“InsyaAllah, Wany akan bernikah malam ini, jadi dikesempatan ini, Wany ingin mohon maaf andai Wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua,” tulisnya pada kapsyen.
Terdahulu, Wany pernah memberi bayangan mendirikan rumah tangga, tahun ini.
Enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati banyak pihak, Wany berkata, dia akan berkongsi kisah perkahwinannya apabila tiba masa yang sesuai.
VIDEO;
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis mengucapkan tahniah untuk Wany Hasrita.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber; GEMPAK
Leave a Reply