Yana Samsudin Tunai Janji Bawa Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji, Umrah

Pelakon, Yana Samsudin melu4hkan rasa gembira kerana berjaya menyempurnakan niat untuk membawa kedua orang tuanya mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Yana menerusi akaun Instagram miliknya.

10 tahun berjanji

Masya-Allah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Saya tak pernah jejak kaki ke sini (Tanah Suci), tapi Allah bagi peluang menunaikan haji dan umrah sekali gus. Benar janji Allah, bila kita berbakti kepada kedua ibu bapa, berusaha dan berk0rban membelanjakan segala harta ke jalan-Nya, Allah beri segalanya.

Malah lebih. Subhanallah, aku telah menyaksikan semuanya. Tiada yang lebih penting dalam hidupku. Hanya Allah, Nabi Muhammad, ibu bapa, suami dan keluargaku.

Ujar Yana, mengerjakan ibadah haji dan umrah bersama suami dan ibu bapa merupakan suatu kenangan yang sangat manis buat dirinya. Tambahnya, tiada nikmat yang lebih indah buat seorang anak selain berbakti kepada kedua ibu bapa.

Video umrah selepas Haji Qiran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Menurut Yana lagi, walaupun bergelar selebriti, dia tetap berdepan halangan dan cab4ran tersendiri sebelum benar-benar berjaya melunaskan impian tersebut. Malah, dia bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat baik dan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan olehnya selama ini.

Orang cakap artis tak mampu ke? Hanya Allah lebih mengetahui. Hanya saya yang melaluinya. Syukur, beruntung juga saya mempunyai suami yang sangat menyokong. Itu juga hadiah pinjaman berharga dari Allah. Alhamdulillah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*