Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra merupakan antara artis terbaik dalam dunia hiburan seni. Ini terbuk’ti dengan lakonannya dalam filem Mat Kilau, yang dimana kita dapat menyaksikan dia memegang watak utama dan membawa filem tempatan itu meraih kutipan tertinggi.
Selain itu, dia juga dipuji ramai dengan sifat rendah dirinya, yang mana sebelum ini sebuah portal mende’dahkan pelakon itu memiliki kekayaan sebanyak AS$5 juta (RM21.9 juta), tetapi dia tidak sedikit pun berbangga dengan kekayaannya.
“Wang ringgit samalah seperti sehelai kertas. Kalau diko’yakkan ia sudah tidak bernilai. Bukan saya yang jutawan tapi Allah ada jutawan sebenarnya.
“Kalau ada yang kata saya jutawan, saya berterima kasih. Namun saya minta janganlah panggil saya dengan gelaran sebegitu,” ujarnya.
Terbaru, viral sebuah yang memaparkan Adi Putra membaca surah Ar Rahman, sehingga berjaya memi’kat hati warga maya.
Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok, yang bernama @ketukhati_.
Video:
@ketukhati_ QS Ar Rahman surah Kasih Sayang.#dakwahtugaskitasemua #taatpadayangsatu #dap #adiputra #matkilau #fyp
Menerusi video itu, kelihatan pelakon berusia 41 tahun itu sedang memperdengarkan bacaan al-Quran, namun tidak dipastikan bila video itu dirakam.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji bacaan pelakon ‘Mat Kilau’ itu, yang disifatkan sempurna dari segi sebutan makhraj mahupun tajwid.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://beritaawani.com/, sinarviral
Leave a Reply