“Macam guna ATM”- Cuma Sentuh Kad, Mesin Ini Keluarkan Beras, Bantu Golongan Asnaf

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam membantu golongan yang memerlukan. Jika kita tergolong dalam kumpulan yang bernasib baik, kita diwajibkan untuk membantu mereka yang susah.

Pada era kini, banyak teknologi canggih yang diciptakan untuk memudahkan urusan orang ramai termasuklah membantu dalam urusan harian. Contohnya, mesin lipat baju, mesin buat kopi, robot si pembantu rumah dan banyak lagi.

Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @kamiada_, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan bagaimana ‘mesin ATM’ yang mengeluarkan beras berfungsi bagi membantu golongan asnaf.

Masjid Al-Aqram Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah menyediakan mesin beras yang seakan-akan mesin ATM bagi membantu golongan yang memerlukan iaitu golongan asnaf. Golongan tersebut akan menerima satu kad khas untuk menggunakan mesin beras itu.

Video:

@kamiada_

♬ original sound – KamiAda – KamiAda

“Oh.. macam tu, ingatkan keluar duit”

Bagi yang tak tahu bagaimana fungsinya, kad khas yang diberikan berfungsi untuk mengeluarkan 4 kilo beras satu hari dengan hanya ‘tap’ di mesin tersebut. Mesin canggih itu telah disumbangkan oleh produk beras itu sendiri iaitu Era Bayam Kota Sdn Bhd.

Video hampir seminit itu mendapat hampir tiga ratus ribu jumlah tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen terkejut dengan fungsi mesin itu kerana mereka menyangka bahawa mesin itu adalah mesin ATM biasa. Mereka juga kagum dengan teknologi canggih itu.

Diharapkan lebih banyak teknologi canggih seperti ini dapat dimanfaatkan dalam membantu golongan yang memerlukan lagi-lagi dalam situasi pandemik,

Semoga pahala penyumbang sentiasa mengalir bagaikan air sungai, amiin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*