Kuala lumpur: Baru sahaja sembuh daripada jangkitan, Aeril Zafril sekali lagi diberi kejutan. Namun kali ini berita gembira buat diri nya dan keluarga tercinta apabila isterinya, Wawa Zainal disahkan hamil untuk anak nya yang keempat.
Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4.. tinggal nak 1 je lagi? doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi .. doa yang baik2 ya???? terima kasih semua.
Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye?
Beberapa hari yang lepas, Aeril sekeluarga menyambut hari kelahiran anak sulong nya, Attar. Aeril ada juga titip ucapan dan harapan nya buat anak nya.
“Attar… bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi ‘manis’ akhirnya!
Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah.
“Sesungguhnya, mendahulukan dan mencari ‘reda Allah’ adalah kunci rahsianya. Attar kena genggam ini dan amalkan dalam hidup. Insya-Allah pasti ada jalan keluar dalam apa jua masalah yang menerpa. Ketahuilah anak, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua manusia dan berbuat sesuatu untuk mencari reda manusia adalah hal yang sia- sia!
Video:
View this post on Instagram
“Ayah tidak mahu Attar menempuh sama alam keja.hilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tidak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan,” luah bapa kepada tiga cahaya mata.
“Namun walau sejauh mana pun terpisahnya kita, tetap nanti ada untaian doa dan kiriman ‘hasanah amal jariah’ bagi ayah dan mama. Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik.
Komen Netizen:
“Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu.
“Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingatkan juga janji mereka pada ayah dan mama,” coret Aeril.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Ig aeril_zafrel
Leave a Reply