Kucing Terkaya Di Dunia, Warisi Harta RM1 Bilion & Ada Pengawal Peribadi

Mereka yang pernah membel4 kucing pasti tahu, kos yang diperlukan untuk menjaga haiwan comel ini bukanlah murah. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti makanan, pasir, barang mainan dan ubat-ubatan.

Boleh dikatakan, seseorang itu memerlukan sejumlah wang memandangkan kucing tidak boleh bekerja dan tidak memiliki duit. Namun, semua ini berbaloi dengan kecomelan dan kerenah haiwan ini yang mampu menghiburkan hati.

Lain pula kisahnya buat Choupette, seekor kucing baka Birman yang diiktiraf sebagai kucing yang paling kaya di dunia meskipun ia tidak mampu untuk bercakap dan bekerja seperti manusia.

Choupette ialah kucing milik Karl Lagerfield, seorang pereka fesyen dan tunjang belakang jenama Chanel. Karl bertanggungjawab dalam mereka koleksi siap pakai buat jenama itu. Hubungan Karl dan Choupette begitu akrab, sehingga Karl menganggap mereka berdua sudah berkahwin.

Dilaporkan, Choupette dijaga dengan dua pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan dan bermain dengan kucing berwarna putih ini. Jadi, agak sukar untuk mana-mana individu mendekati haiwan ini, apatah lagi cuba untuk membuat j4hat.

Kehidupan yang dimiliki oleh Choupette juga mewah persis anak raja. Kucing ini memiliki iPad sendiri, pernah menaiki pesawat peribadi dan memilik beg LV yang dicipta khas untuknya.

Video:


Tidak cukup dengan itu, Choupette juga hanya diberi makanan mewah dan sihat. Difahamkan, kucing ini sering diberi makanan mewah seperti kaviar dan salmon dari restoran terbaik di Paris.

Bagaimanapun, Karl Lagerfield dilaporkan men1nggal dvnia pada tahun ak1bat kompl1kasi daripada k4nser p4nkreas. Menurut sumber, lagenda dunia fesyen ini ada meninggalkan wang sejumlah £178 juta (lebih RM1 bilion) buat kegunaan Choupette.

Komen Netizen:

Meskipun ditinggalkan dengan wang yang begitu banyak, Choupette turut memiliki wang sendiri hasil daripada kontrak menjadi model dan pengiklanan. Difahamkan, Choupette memiliki £3 juta (RM 17.3 juta) hasil daripada pekerjaan ini sahaja.

Buat anda yang mahu melihat perkembangan hidup Choupette, anda boleh mengikuti Instagram peribadi kucing ini di choupettesdiary.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Lobak merah/Sinar Viral Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*