Semalam merupakan hari pertama aktiviti ‘dine-in’ atau makan di restoran dibenarkan seperti yang diumum bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah kemudahan tambahan dalam sektor sosial dan ekonomi.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang kini bertugas sebagai salah seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC, berkongsi satu kisah menarik yang dialaminya semalam ketika meninjau hari pertama kelonggaran aktiviti dine-in.
“Selepas bertugas di PPV KLCC semalam, saya berkesempatan meninjau hari pertama pelaksanaan kelonggaran dine-in untuk mereka yang telah lengkap div4ksin.
“Operator kedai rata-ratanya gembira dengan kelonggaran ini. Take away tidak membawa pendapatan setinggi dine-in, jadi sukar untuk mereka menampung kos perniagaan.
“Staf mereka juga telah lengkap divaksin, jadi dengan pematuhan SOP, InsyaAllah r1siko dapat dikurangkan,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook peribadinya hari ini.
Dalam pada itu jelasnya, walaupun kelonggaran telah diberikan namun masih ada pelanggan yang begitu berhati-hati dan memilih untuk tidak dine-in lagi buat masa ini.
Bagaimanapun antara kebanyakan orang awam yang disapanya ketika itu, Tengku Zafrul sangat tertarik dengan luahan daripada seorang penghantar makanan (rider) Grab.
Menurutnya, penghantar makanan Grab itu berkata, “Orang yang boleh ‘work from home’, ada office air cond, ada pantri, mungkin tak kisah boleh dine in.
”Tapi orang yang tak ada office macam kami, bila ada kerusi meja untuk makan, ada tempat basuh tangan, memang kami syukur sangat. Yang penting kita jaga SOP,” luah penghantar makanan tersebut kepadanya.
Justeru Tengku Zafrul menambah, “Pada saya itulah kuncinya, sentiasa jaga SOP walau apa pun yang kita lakukan. Stay safe semua.”
Sumber: FB Tengku Zafrul
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://siakapkeli.my/
Leave a Reply