“Selain Dari Bagi Mak Baru, Tolong Bagi Idea Sat!” – Sharnaaz Ahmad Buntu Fikir Hadiah Untuk Jebat Jayden

Pelakon kacak Sharnaaz Ahmad buntu memikirkan hadiah yang sesuai diberikan kepada anaknya, Jebat Jayden Ahmad bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-3 pada 30 Ogos ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz berkongsi foto terbaru anaknya itu beserta beberapa perkara yang menjadi kegemaran Jebat dan hal ini tidak termasuk memberikan ibu baru.

Antara kegemaran anaknya yang disenaraikan adalah suka menari dan menyanyi, suka kentang dan ayam bakar, suka Spiderman, suka skeleton, suka bulan, suka main air berjam-jam dan suka perempuan cantik.

“Aku perlukan bantuan. Hadiah apa nak beli kat budak bertuah ni untuk birthday dia nanti.

Selain dari bagi mak baru, tolong bagi idea sat geng. Dah dekat dah 30hb 8 ni!“Pertolongan anda boleh membantu lagi mak pak yang macam aku takdak idea dah nak beli apa.

Asyik PKP semua tak bukak!” luah Sharnaaz ni ruangan kapsyen Instagram.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mengusik supaya Sharnaaz memberikan hadiah ibu baru kepada anak kesayangannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)


Mummy muda yang pandai menari dan menyanyi seperti….,” usik seorang wargamaya.

Mak baruuuu,” kata seorang wargamaya.“Bagi mommy baru la mamu oii,” komen seorang wargamaya.

Bagi mami cantik lah,” ujar seorang wargamaya.

Bagi surprise mami baru la,” tulis seorang wargamaya.

Bagi mommy baru untuk dia, boleh teman dia menari, masakkan ayam bakar, mesti dia happy,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, pertanyaan tersebut telah menerima hampir 113,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Komen Netizen:

Sekadar info, Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor.

Pasangan itu sah bercer4i pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ibu Jebat, Nabila selamat diijabkabulkan dengan Engku Emran di sebuah masjid di ibu negara pada 18 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*