[VIDEO] Anj1ng Minum Air Dengan Cara Yang Unik Raih Perhatian Ramai

Setiap haiwan peliharaan pastinya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan ada kalanya membuatkan ramai yang pelik melihatnya. Sama macam gelagat seekor anj1ng ini yang dilihat minum air dengan caranya yang tersendiri sekaligus membuatkan ramai terhibur melihatnya.

Bukan sahaja bijak malah ramai yang memuji tindakan anj1ng ini dalam menikmati air mengikut gayanya tersendiri. Video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih tiga juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur menonton.

minum air

Di dalam video yang dikongsikan ini, anj1ng itu dilihat mencelupkan tangannya di dalam mangkuk air yang disediakan. Selepas itu, anj1ng itu mengacau air itu beberapa kali sehingga ianya tumpah daripada mangkuk tersebut.

Rupa-rupanya, ini adalah taktiknya untuk minum air dengan caranya yang tersendiri iaitu dengan membuatkan air itu mengalir di lantai. Sebaik sahaja air itu mengalir, anj1ng itu kemudian menunggu di lantai tingkat bawah untuk meminumnya.

Lebih mencuit hati, anjing itu akan minum air yang mengalir itu dengan menjilat bahagian lantai itu sambil sesekali menariknya dengan tangan. Caranya yang bijak membuatkan air itu mengalir turut sama menarik perhatian netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pujian di atas kepandaian anjing itu menjadikan air itu mengalir dengan sendiri. Ada juga yang memberitahu anjing biasanya memang lebih gemar minum dari air yang mengalir.

“Ni barulah air yang natural.”

anjing minum air

“Dia nak air yang mengalir.”

anjing

“Kebanyakan haiwan memang suka minum dari air yang mengalir…”

komen

“Jangan lupa basuh tangan dulu.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*