Kini, rakyat Malaysia makin gemar membeli barangan secara atas talian disebabkan harganya yang murah dan sesuai dengan keadaan ketika ini dimana lebih selamat tidak berjumpa dengan orang ramai di luar.
Oleh itu, perkhidmatan penghantaran sudah makin meluas dan adakah anda pernah melalui situasi dimana pekerja syarikat penghantaran tidak meletakkan barangan anda dengan baik?
Terbaharu, sebuah video di TikTok memaparkan pekerja J&T meletakkan parcel pelanggan dengan baik dan tersusun.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pekerja J&T itu memegang barangan dengan cermat dan meletakkan ia secara berhemah agar ia tidak terj4tuh walaupun barang tersebut kecil. Aks1 pekerja itu dirakam oleh gadis tersebut dari tingkap rumahnya dan beliau turut berterima kasih kepada lelaki itu kerana ikhlas melakukan kerja.
Video:
Untuk pengetahuan anda, gadis tersebut tidak dapat turun ke bawah kerana sedang berada dalam tempoh kuar4ntin. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pekerja itu yang amanah dan ikhlas bekerja.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan agar pekerja tersebut dimurahkan rezeki. Malah, ada juga yang berkongsi situasi bagaimana mereka menerima parcel di ruangan komen.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M jumlah tontonan, 193.3K likes dan 3,447 komen di TikTok.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Vocket
Leave a Reply