“Kenapa warga emas?”- Ramai Tak Tahu, Pacer Warga Emas Acara Keirin Rupanya Bekas Pemenang Pingat Olimpik 1984

Acara Keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.

Selain daripada cerita kejayaan yang dimenangi oleh atlet negara, Datuk Azizulhasni Awang yang mendapat pingat perak dalam acara Keirin, ‘pacer’ yang bertugas pada acara tersebut juga menjadi bualan netizen. Dah kenapa cakap pasal dia.

“Dah tak ada orang lain ke”

Min tertarik dengan beberapa ciapan daripada pengguna twitter yang mempersoalkan kenapa warga emas menjadi pacer dalam acara akhir Keirin Olimpik Tokyo 2020. Perkara itu juga menarik perhatian pengulas televisyen tempatan,Tuan Zainal Abidin Rawop.

Tuan Zainal ada sebut lebih kurang begini, “Kenapa pacer acara keirin tu bagi kepada warga emas (orang tua)”. Beliau sebut ni pun selepas baca tweet daripada netizen. Min pun tertanya-tanya haha.

Bagaimanapun, perkongsian seorang pengguna Facebook, Hizandie Shuaib ternyata membuat orang ramai kagum sebaik sahaja mengetahui identiti sebenar warga emas itu.


“Itu bukan sembarangan orang tua tau”. Hizandie berkata bahawa ‘orang tua’ tersebut merupakan pemenang pingat gangsa di Olimpik Los Angeles 1984 dalam acara sprint individu.

Warga emas yang dikenali sebagai Sakamoto Tsutomu itu diberi penghormatan untuk menjadi ‘pacer’ pada acara akhir Keirin Olimpik Tokyo 2020. Gugur jantung min dengar.

“Sebaya ayah-ayah kita je”

Sakamoto yang berusia 59 tahun itu telah menyambut hari kelahirannya pada 3 Ogos. Beliau diberi penghormatan untuk menjadi ‘pacer’ telah menggunakan e-bike Panasonic yang dicipta khas untuk temasya kali ini.

Sakamoto juga menjadi perhatian netizen kerana dengan usianya, dia masih lagi mampu mengayuh basikal dan menjadi ‘pacer’ untuk acara akhir Keirin di Olimpik Tokyo semalam.

Apa-apa pun,min doakan beliau diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*