[VIDEO] Gel4gat Anak Kucing Tak Diajak Main Sekali, “Kesian Tapi Comel…”

Memelihara kucing di rumah boleh menjadi satu terapi diri lagi-lagi bagi mereka yang tinggal jauh dari keluarga. Ada kalanya kucing juga boleh menjadi penghibur dengan telatah mereka ini yang kadang-kadang di luar jangkaan.

Baru-baru ini pula, gelagat seekor anak kucing menarik perhatian ramai apabila dia dilihat hanya memerhatikan sahaja kucing lain bermain. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir enam juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan anak kucing itu sedang memerhatikan dua lagi anak kucing yang sedang bermain. Dalam masa yang sama, kucing itu hanya berada di luar bekas tersebut sambil memerhatikan kedua-duanya itu.

Menurut pemiliknya, kedua-dua anak kucing itu hanya bermain sesama mereka manakala anak kucing itu dibiarkan bersendirian. Lebih menyedihkan, anak kucing itu hanya memerhatikan sahaja dari jauh dan langsung tidak menyertai mereka bermain.

Walaupun ramai yang sedih melihatnya ini, ada juga yang ‘geram’ melihat kecomelan anak kucing itu. Malah ada yang turut terhibur melihat gaya kucing itu yang seolah-olah faham dengan apa yang berlaku.

Di ruangan komen, telatah kucing ini turut membuatkan ramai yang dapat relate dengan situasi mereka. Ada yang berseloroh kebiasaannya anak bongsu pasti dapat memahami situasi yang dialami oleh anak kucing ini.

“Kesian tapi comel…”

gelagat anak kucing

“Jiwa mencvlik ku bergetar.”

kucing

“Kucing be like: Tunggu pemb4lasan ku saat aku sudah berubah menjadi oyen.”

komen

“Adik bongsu macam tu lah…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*