Dalam hidup sebagai pasangan suami isteri bila ada senda gurau dapat mengeratkan lagi perhubungan. Memiliki pasangan yang sejenis suka buat lawak memang hidup akan lebih seronok dan penuh gelak tawa. Manakan tidak ada sahaja benda yang boleh dibuatnya menjadi lawak yang tidak disangka.
Namun begitu, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki berlakon jadi isteri dalam sehari ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman itu lelaki tersebut memang seakan sudah faham sangat dengan telatah isterinya.
Dari setiap butir kata, gaya pergerakan dan sebagainya ditiru lelaki ini. Apa yang lebih mencuit hati kedengaran suara isterinya yang merakamkan lakonan tersebut dengan suara gelak besar. Berikut adalah rakaman lelaki berlakon jadi isteri dalam sehari yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @asyallieeahmad08 ini:
Memang bikin terhibur betullah! Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 148 ribu likes. Rata-rata warganet turut terhibur dengan telatah lelaki ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“Setiap kali wife dia ketawa kuat bermakna itu true ini character haha”
“Hahaha macam ni ye gelagat dia rupanya”
“Aku rasa dia dah lama pend4m tu”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply