Rasanya sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia duduk di rumah dan tidak boleh merentas daerah mahupun negeri susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
Perkara ini telah menjarakkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa yang jauh tinggal di kampung dan merindui kepulangan orang yang mereka sayangi.
Disebabkan anak-anak tidak dapat pulang ke kampung, viral sebuah video di TikTok @shopeekaa memaparkan ayahnya sanggup membungkus buah-buahan dengan banyak untuk dipos buat anak-anak yang jauh di perantauan.
Bapa kutip buah dan timbang serta bungkuskan buat anak-anak
Menerusi video tersebut dapat dilihat pakcik ini dengan tenang dan gigih menyiapkan bungkusan dipenuhi buah-buahan buat anak-anaknya.
Ini termasuklah dia menyediakan asam keping buat anak-anaknya dan kutip serta siap timbang setiap bungkusan yang berisi buah rambutan sebelum dihantar ke pejabat pos. Allahu… sebak min tengok usaha seorang ayah.
“Part timbang sama rata tu touching… semoga sihat selalu”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa tersentuh dan berharap suatu masa nanti mereka dapat pulang bertemu ibu ayah di kampung halaman setelah PKP ditamatkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Lobak Merah
Leave a Reply