Pelakon, Norman Hakim menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian anak sulungnya, Danish Hakim yang telah pun berjaya membimbing pelajar pertamanya untuk khatam Al-Quran.
Jelas Norman, kelas mengaji secara atas talian itu telah pun dimulakan oleh anaknya sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi sebagai salah satu inisiatifnya untuk terus komited menghafaz Al-Quran.
“Thank you ALLAH dan tahniah Abang @danishhakimofficial dengan izinNya dapat bimbing Adik Afif menjadi pelajar pertama dia untuk khatam Al-Quran.
“Tahniah jugak buat Adik Afif anakanda Puan @eidawahab berjaya khatam Al-Quran Alhamdulillah.
“Yup Abang @danishhakimofficial start mengajar ngaji secara online melalui platform @d_ngajiofficial bermula dari PKP 1.0. Ini antara ikhtiar untuk dia kekal hafazan Al-Qurannya dengan cara menurunkan ilmu kepada sahabat Al-Quran yang lain,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Norman turut memaklumkan, selain daripada pelajar tempatan, anaknya itu turut membimbing ramai pelajar daripada luar negara bermula daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
View this post on Instagram
Dikesempatan itu, Norman turut menitipkan nasihat buat anaknya itu semoga terus komited dalam menyampai ilmu mengenai Al-Quran.
“Timing Danish mengajar ngaji online adalah dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
“Alhamdulillah selain dari dalam negara, kebanyakan studentsnya jugak datang dari segenap benua dan bermacam peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa
“Sesiapa yang mungkin berhasrat untuk ngaji online dengan Danish boleh klik link di bio @danishhakimofficial atau @d_ngajiofficial
“Terus istiqomah sayangku @danishhakimofficial . Sebaik-baik manusia adalah yang menyampai dan memberi manfaat kepada orang lain in shaa Allah,” tulisnya.
Komen Netizen:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga anaknya itu terus istiqomah dalam melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah sepertinya.
Terdahulu, Norman berkahwin dengan pelakon, Abby Abadi pada tahun 2003 dan berpisah pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/
Leave a Reply