“Kami Menjemput Kepada Yang Memerlukan Untuk Datang Ambil,” – Aeril & Wawa Ikhlas Bantu, Sediakan ‘Food Bank’ Di Pejabat

Peka terhadap situasi semasa, pasangan selebriti suami Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal mengambil inisiatif dengan menyediakan ‘food bank’ di Pejabat Urusan Wawa Cosmetics, Bandar Baru Bangi, Kajang, hari ini.

Aeril berkata, bantuan yang diberikan dalam bentuk makanan asas dan keperluan hariani itu terbuka kepada mana-mana individu atau golongan memerlukan.

Antara barangan keperluan disediakan adalah seperti beras, gula, tepung, milo, sardin dan banyak lagi.

“Alhamdulillah, semalam saya ada buat di sekitar Kuala Lumpur. Hari ini saya buat di kawasan sini (Bangi) pula. Saya dan Wawa menjemput kepada semua yang memerlukan untuk datang saja ambil.

“Saya tahu pada saat ini memang ramai yang berada dalam keadaan susah, jadi diharap ‘food bank’ ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

“Dalam masa sama, jika ada antara mereka dalam kalangan pelanggan Wawa Coametics yang memerlukan, saya harap mereka sudi datang. Kami ingin berkongsi rezeki pada semua. Semoga ini dapat memberi manfaat,” katanya.

Menurutnya, dia dan Wawa juga merancang untuk membuat ‘food bank’ di lokasi lain bagi tujuan sama selain membantu mereka yang menghubunginya secara peribadi di laman sosial.

Komen Netizen:

“Insya-Allah, ‘food bank’ ini kami rancang nak buat di kawasan lain pula. Cuma, kalau yang hari ini tak habis, esok kami buka lagi. Dan memang nak habiskan dan berikan pada orang ramai yang memerlukan.

“Selain itu, ada ramai juga mesej peribadi (DM) di Instagram yang memerlukan bantuan kewangan. Itu saya dan Wawa ada hulurkan sumbangan juga. Insya-Allah, kami bantu mana yang kami termampu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*