Budak Fasih 7 Bahasa Cuit Hati Ramai, “Tak Puas Tengok”

Memiliki kebolehan bercakap dalam beberapa bahasa adalah satu kelebihan yang cukup luar biasa. Jika yang dewasa berkebolehan sebegini pun sudah cukup mengagumkan, apatah lagi bila kanak-kanak yang mampu berbicara dalam beberapa bahasa.

Dalam satu video yang tular ini, seorang budak yang nampaknya masih kecil lagi menjadi tetamu jemputan bagi sebuah rancangan. Kanak-kanak perempuan itu nampak sungguh yakin sekali berada di atas sofa bersama pengacara rancangan tersebut.

Kedengaran lelaki yang juga pengacara tersebut mula bertanyakan betulkah anak comel ini mampu bercakap dalam 7 bahasa? Jawapan anak kecil ini cukup selamba sekali. Masih kecil tapi yakin dan bijak! Berikut adalah rakaman budak fasih 7 bahasa yang dikongsikan semula oleh Ahmad Fedtri Yahya ini menerusi laman Instagram miliknya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)


Alahai comel betullah! Memang satu kebolehan yang cukup luar biasa yang ada pada budak fasih 7 bahasa ini. Masih kecil tapi sudah fasih berbahasa dalam pelbagai bahasa. Antara bahasa yang boleh ditutur oleh anak kecil ini ialah Rusia, Inggeris, Itali, Jerman, Cina dan lain-lain.

Di ruangan komen, rata-rata warganet cukup kagum dengan kebolehan anak kecil ini. Berikut antaranya:

“Mesti rajin berhijrah dari lahir ni”

“Hahaha dia cakap host tu macam koala”

“Dia dah pandai 9 bahasa pulak sekarang…Memang cerdik”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*