“Seluar jeans pun lebih kurang ni”- Gadis Ini Jumpa ‘Kembar’ Baju Sama Ketika Keluar Jalan-jalan

Pernah tak korang terjumpa strangers yang pakai baju sama dengan korang ketika keluar makan atau lepak dengan member? Kalau jadi macam ni, memang mampu gelak je la kan. Kalau boleh, nak je cepat-cepat balik rumah tukar baju lain. 

Itulah yang terjadi kepada seorang gadis ketika dia keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakannya. Menurut Liputan6.com, gadis tersebut telah berkongsi video di TikTok melalui akaun tnllia_ bahawa ada orang lain yang memakai baju yang seakan sama dengan dirinya ketika berkunjung di satu tempat

Dalam video terbabit, dapat dilihat yang kedua-kedua mereka memakai baju berwarna lilac dan bertudung hitam. Yang kelakarnya lagi, mereka ini juga pakai seluar jeans berwarna biru yang mempunyai rekaan yang seakan sama. Ni memang betul-betul sama from top to toe ni. 

Menurut gadis tersebut dalam videonya, mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan ketika itu, dia dah nak beransur pulang dari tempat itu manakala sorang lagi tu pula baru je sampai. Ketika bertembung, dorang ni hanya mampu gelak je. 

Video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kedua-duanya. Ada juga yang kata sebab ni lah mereka tak berapa suka beli barang atau pakaian yang tengah trending sebab takut tersama dengan orang lain.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 12.3 juta kali daripada netizen di TikTok dan mendapat hampir 35 ribu komen.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa pakai baju sama ni hanyalah taktik nak viral semata-mata dan mungkin dah dirancang, namun pemilik video ini mengatakan bahawa dia memang tidak mengenali gadis tersebut.

Ada juga netizen lain yang menceritakan pengalaman mereka mengalami perkara yang sama.

Apa yang akan korang buat kalau berhadapan dengan situasi yang sama macam dorang ni? 

Sumber: Liputan6.com, TikTok @tnllia_ 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*