Umum Bakal Nikah Pada Pukul 2 Pagi, Ramai Peminat Patah Hati Dengan Haqiem Rusli

Siapa sangka, penyanyi yang tidak pernah mempunyai gosip bercinta kini akhirnya mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini.

Berita itu diakui sendiri oleh Haqiem Rusli menerusi Instagram live yang dilakukan olehnya pada jam 2 pagi 30 Mei.

Haqiem yang berusia 23 tahun itu turut memberitahu bahawa beliau sudah menghadiri kursus kahwin yang diadakan pada tahun lalu dan keputusan yang dibuat ini merupakan satu berita gembira buat peminatnya sendiri.

Namun dalam kegembiraan itu, ada juga peminatnya yang patah hati kerana masih tekejut dengan berita itu.

Sebelum ini, Haqiem ada memberitahu bahawa beliau mungkin akan menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun, tetapi siapa tahu sebenarnya jodohnya telah sampai pada tahun ini.

Sudah semestinya ramai ingin mengetahui siapa sebenarnya gadis yang berjaya memikat hati penyanyi Adlina Marie itu, tetapi sudah semestinya Haqiem mengambil langkah untuk merahsiakannya daripada pengetahuan umum terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, beliau turut berasa bersyukur apabila peminatnya masih setia untuk tetap menyokong kerjaya seninya walaupun ramai yang kecewa.

Tak mengapa guys, kumbang bukan seekor, kalau tak dapat Haqiem Rusli kita masih ada Sufian Suhaimi dan Ariff Bahran!

Kita doakan semoga segala urusan persiapan majlis perkahwinan Haqiem akan dipermudahkan!

Sumber foto dan video: Twitter Haqiem Rusli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*