SELAMA 12 tahun merantau di Kuala Lumpur, content creator ini akhirnya pulang menetap bersama ibunya di Terengganu pada Mac tahun lalu.
Enggan lagi berjauhan, Marham Mohd Yusof, 32, ada idea tersendiri untuk mencari sumber pendapatan baharu apabila mula bergelar YuoTuber bersama ibunya, Asiah Ngah yang kini berusia 75 tahun.
Mesra disapa Mar, dia ketika dihubungi mStar bercerita mengenai kisah disebalik kepulangannya itu ke kampung halaman di Batu Rakit, sekitar awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.
“Masa tu saya dah tak berapa ada projek. Jadi saya buat keputusan untuk balik kampung. Kebetulan kena dengan PKP yang baru nak bermula pada Mac 2020.
“Saya memang dah lama plan nak balik kampung dan buat YouTube dengan mak. Selain itu, saya nak jaga mak. Dah 12 tahun saya duduk bekerja di luar.
“Memang ada kakak bersama emak, tapi saya rasa tanggungjawab sebagai anak lelaki untuk jaga dia,” ujar Mar ketika dihubungi.
Mar kini pulang ke kampung menetap bersama ibunya.
Tidak mempersiakan pengalaman yang ada, Mar pada tahun lalu membuat studio kayu demi merealisasikan hasrat menjadi YouTuber bersama ibunya.
Ujar Mar lagi, content yang dihasilkan berkonsepkan tradisional yang mana dia mahu memaparkan gaya hidup kampung ke mata dunia.
Saya merayu, sokonglah saya demi nak jaga mak di sini, saya nak tinggal disamping mak, tak nak tinggalkan mak.
MAR
“Dalam video, saya banyak guna barang tembaga, lesung batu, masak pakai dapur arang… semuanya manual.
“Nak tunjuk gaya hidup dan budaya kampung. Kami juga ada buat video masakan. Kadang-kadang sehari suntuk penggambaran. Ada kalanya sampai lima hari.
“Di luar negara banyak YouTube konsep begini, tapi di Malaysia tak banyak lagi,” ujarnya.
Kata Mar, dia ingin memperkenalkan gaya hidup kampung kepada dunia luar.
Dalam temubual sama, ibu kepada Mar mengakui pada awalnya agak kekoh untuk beraksi di hadapan lensa.
Namun, dia yang meminati pelakon Wan Maimunah kini selesa untuk bergandingan dengan anaknya dalam video yang dihasilkan.
“Mula-mula kekok, lama-lama jadi bersemangat nak tolong (buat video). Tak malu, cuma kekok.
“Mencabar sebab kadang-kadang kena bercakap, dialog tak menjadi,” ujar warga emas itu.
Mar harap orang ramai akan menyokong karyanya.
Jelas Mar, dia juga mengurangkan babak bersama ibunya kerana risau akan faktor kesihatan.
Dalam pada itu, Mar mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong saluran YouTube dia dan ibunya.
“Saya nak ucap ribuan terima kasih kepada yang sokong kami. Tanpa netizen siapalah kami.
“Saya merayu, sokonglah saya demi nak jaga mak di sini, saya nak tinggal disamping mak, tak nak tinggalkan mak,” luah Mar.
Selain YouTube, Mar kini turut berniaga keropok secara dalam talian.
Malah, dia juga dalam proses untuk mengeluarkan jenama keropok keping sendiri tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mStar
Leave a Reply