Rendah Diri! 5 Selebriti Ini Sebenarnya Merupakan ‘Anak Dato’

Berasal daripada keluarga ‘kayangan’ namun tidak mahu ‘disegani’ ramai.

Nama-nama mereka sering didengari memuncak dalam industri hiburan, tapi ‘mengunci’ perihal keluarga.

Selebriti-selebriti ini bukan sahaja popular dan ‘digilai’ ramai malah memiliki latar belakang keluarga yang menarik dan boleh dijadikan inspirasi.

Namun masih ada yang tidak mengenali siapa mereka, apatah lagi berlatar belakangkan keluarga yang mungkin berasal daripada tokoh politik, korporat, anak seni dan sebagainya.

Mari ikuti kami bongkar, siapa mereka di balik ‘nama pentas’.

AIMAN HAKIM

Pelakon, Aiman Hakim Ridza atau dengan nama sebenarnya Aiman Hakim Dato Ridza Abdoh merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik.

Siapa tidak cair melihat jejaka yang berketurunan campuran Melayu dan Arab ini di mana bapanya merupakan seorang yang berbangsa melayu manakala ibunya pula daripada Arab.

Bapa kepada pelakon kacak ini merupakan mantan CEO prasarana dan menggalas beberapa jawatan penting lain.

JOHAN AS’ARI

Ramai yang tidak ketahui pelakon ini juga merupakan seorang anak kepada individu yang memiliki gelaran Dato.

Tidak pernah beliau tonjolkan diri sebagai seseorang yang ‘hidung tinggi’ pelakon Johan Ariff Dato As’ari ini sememangnya memiliki sifat rendah diri.

Bapanya merupakan setiausaha politik di jabatan kerajaan.

SHARNAAZ AHMAD

B3ngis dan g4ngster itulah yang sering kita lihat dalam setiap watak yang dilakonkan,walaupun sering terp4lit dengan pelbagai kontr0versi, namun reputasinya sebagai pelakon tetap berkembang seiring dengan nama.

Tidak dinafikan dia merupakan antara pelakon lelaki yang tidak perlu diragui bakatnya dalam menghidupkan sesebuah karya selagi watak yang diberikan bertepatan dengan karakter yang diperlukan.

Bersifat lantang dan tegas, pelakon Sharnaaz Ahmad merupakan anak kepada Dato Basir Ahmad di mana ibunya juga berstatus Dato iaitu Malina Putih yang merupakan usahawan di Pulau Pinang.

MISZ NINA

Penghijrahannya menjadi tauladan, penyanyi wanita yang pernah berduet dengan artis antarabangsa, Flo Rida ini pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.

Shazrina Azman atau dikenali sebagai Misz Nina ini sebenarnya merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.

Beliau memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

YUNA

Berani memperagakan fesyen tanpa sempadan, penyanyi wanita ini sebenarnya anak Dato.

Yunalis Zarai atau lebih terkenal dipanggil Yuna ini sememangnya berasal dari Kedah.

Bapa Yuna ini merupakan Dato’ Mat Zara’ai Alias iaitu penasihat undang-undang semasa Mahk4mah Tinggi Johor Bahru dan ibunya adalah seorang guru mata pelajaran kimia di sekolah menengah.

Wow! Tak sangka selebriti-selebriti ini sebenarnya anak orang ‘ada-ada’, untung betul siapa dapat jadi pasangan mereka ya.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Google

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*