Lelaki hadir ke majlis perkahwinan dengan t-shirt undang ketawa, “Dia tak rela…”

Pasangan raja sehari akan menjadi tumpuan ramai di majlis perkahwinan mereka jadi wajarlah untuk mereka berhias secantik mungkin dengan solekan dan busana yang men0njol.

Dalam tradisi barat, perempuan akan memakai gown serba putih manakala lelaki akan memakai sut berwarna hitam. Namun sesetengah pasangan mungkin ingin tampil dengan kelainan dan memakai pakaian yang agak berbeza pada hari perkahwinan mereka.

Apa sahaja tema busana sesuatu pasangan itu, yang paling penting pasangan pengantin tentunya ingin pakaian mereka sedondon agar mereka kelihatan seperti pinang dibelah dua.

Jadi apabila seorang lelaki ini tampil ke majlis perkahwinannya tanpa sut pengantin, ramai yang simpati bukan sahaja untuk isterinya tetapi juga untuk dirinya yang kelihatan tidak gembira.

Dalam tangkapan skrin posting di Facebook yang tular di Twitter, seorang lelaki berkongsikan beberapa gambar di majlis perkahwinannya.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan lelaki tersebut yang memakai T-shirt putih dengan seluar denim pendek, sementara isterinya lengkap memakai gown putih.

Selain itu, reaksi lelaki berkenaan yang merupakan seorang rappers itu kelihatan seperti tiada perasaan membuat ramai yakin bahawa dia tak rela berada di situ.

“Aku akan batalkan perkahwinan…”

“Nampak macam dia tak rela berada di situ…”

“Lelaki ni perlukan pertolongan…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*