Ragam 1 Syawal individu2 ini bikin terhibur, siap jemput ‘tetamu’ rentas dunia

Seperti tahun lepas, ramai yang menyambut 1 Syawal dengan kesederhanaan. Sementara ada yang melalui hari bermakna itu seperti hari-hari biasa kerana tidak dapat pulang beraya dengan ahli keluarga, ada juga yang sekadar meneruskan tradisi bersalaman dan makan-makan di pagi raya dengan baju baru.

Beberapa video yang dikongsikan di media sosial juga sedikit sebanyak dapat menyebarkan kebahagiaan 1 Syawal yang tidak dapat dirasai orang lain.

Seperti sebuah video oleh seorang remaja atas nama firdausasrii, dia dan ahli keluarganya cuba merakam ucapan selamat hari raya tetapi lain pula yang jadi apabila dia tersalah ‘skrip’.

Akibatnya dia dilempang manja oleh ibunya sehingga pemuda itu terpinga-pinga sebelum menyedari kesalahannya, sekali gus membuat ramai geli hati.

Sementara itu seorang wanita yang sebelum ini pernah tular dengan video ‘dugong‘ di tepi pantai mengundang ketawa orang ramai dengan gelagat lucunya ketika bersalaman dengan ibu bapanya pada pagi raya.

Seorang lelaki yang beraya sendirian pula ‘menjemput’ tetamu dari dunia luar dalam suntingan videonya di mana beberapa watak adiwira dari filem Avengers dilihat sedang makan-makan di dapur rumahnya.

“Thor selera betul makan…”

“tk nmpk mood nk beraya…”

“Rentas dunia dah nie…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*