Pemuda Tunjuk Cara Ikat Kain Samping, “Tak Pernah Tahu Senang Je”

Menjelang hari raya nanti pastinya ramai yang akan melaram dengan gaya masing-masing. Tidak kira lelaki atau perempuan, pelbagai gaya fesyen wujud membuatkan orang ramai boleh memilih mengikut citarasa masing-masing.

Kalau lelaki mungkin ada yang selesa untuk melaram dengan berbaju melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Malah ada juga yang sejenis bergaya ringkas dengan berkurta pendek. Apa-apa pun terpulang pada kemahuan setiap individu.

Bagaimanapun jika korang mahu bergaya siap bersamping, tapi tidak tahu caranya bolehlah ikut cara yang dikongsikan oleh seorang pemuda ini. Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pemilik Twitter Ciapan Muslim ini, nampak sangat mudah cara ikat samping tersebut.

Berikut adalah perkongsian pemuda tunjuk cara ikat kain samping yang dimuat naik di akaun media sosial tersebut:

Dalam rakaman berdurasi 33 saat ini kelihatan lelaki tersebut menunjukkan cara mengikat samping dengan cara yang cukup ringkas. Ternyata rakaman ini memberi ilmu kepada orang lain dan telah meraih lebih 100 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kalau la benda ni expose masa zaman sekolah dulu tak ada la setiap hari Jumaat 30 minit depan cermin semata2 nak pakai sampin”

cara ikat kain samping 3

“Try buat versi gemok please”

cara ikat kain samping 2

“Why not when I pakaikan abang I sampin masa dia nak nikah tu. Tak pernah tahu senang je nak pakai samping ni”

cara ikat kain samping 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*