Peminat L4rang Kahwin Awal, Ada Pula Yang Tak Senang Afieq Shazwan Rapat Dengan Wani Kayrie

PENYANYI Afieq Shazwan mendedahkan dia banyak menerima mesej di laman sosial daripada peminat yang melarangnya untuk berkahwin memandangkan masih muda.

Bukan itu sahaja, Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros turut mengakui terdapat segelintir peminat yang kurang senang melihat dia mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi Wani Kayrie.

“Ramai yang tak bagi saya kahwin… antaranya peminat la. Mungkin sebab mereka pun tahu masih terlalu awal untuk saya berkahwin dan saya pun rasa begitu.

Hubungan Wani dan Afieq kembali pulih sejak awal tahun ini.

“Kalau jodoh saya dengan Wani, dia pun masih muda dan belum habis belajar lagi. Sebenarnya ada sahaja saya terima DM daripada peminat yang suka saya dengan Wani tapi ada juga yang tak suka.

“Ada peminat kami yang tak suka lihat saya dan Wani rapat. Saya sendiri tak tahu apa punca mereka tak suka. Tapi saya faham la… macam saya minat Ariana Grande, saya pun tak suka lihat dia bercinta dengan orang lain,” katanya kepada mStar.

Penyanyi berusia 24 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama media di Hotel EQ Kuala Lumpur pada Isnin.

Walaupun bila baca itu, agak sak!t hati juga tapi nak buat macam mana.

AFIEQ SHAZWAN

PENYANYI

Sebelum ini, Afieq mahupun Wani tidak pernah mengiyakan atau menidakkan hubungan istimewa yang terjalin antara mereka sejak dua tahun lalu.

Biarpun hubungan mereka dikatakan goyah disebabkan orang ketiga pada Ogos tahun lalu namun mereka akhirnya berbaik semula pada awal Januari lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lelaki Di Telefon ini memberitahu dia hanya akan meninggalkan tanda suka di mesej netizen yang tidak senang melihat dirinya bersama Wani.

Bagaimanapun, Afieq berkata dia dan Wani kini hanya berhubung melalui laman sosial memandangkan mereka sibuk dengan karier masing-masing.

Afieq tak balas mesej netizen yang kurang senang melihat dia dengan Wani.

“Bila saya terima DM tak suka saya dengan Wani… saya hanya like (tanda suka) sahaja. Sebab peminat dan saya tahu mereka pun peminat Wani. Kita pun tak tahu satu hari macam mana… kalau betul memang jodoh kami, tetap kena terima juga.

“Walaupun bila baca itu, agak sak!t hati juga tapi nak buat macam mana… saya pun tak ada tempat mengadu. Terpaksa berdiam diri sahaja. Lagi, kami dah lama tak berhubung satu sama lain.

“Kalau berhubung pun, sekadar di laman sosial sahaja. Bukan bergaduh tapi dia pun terlampau sibuk dengan kariernya. Saya pun sibuk dengan penggambaran,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*